berita

Hanez Suraya Nafi Buat Pembedahan Plastik

November 11th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Shane Filan PC-36

Jika sebelum ini Tasha Shila pernah didakwa melakukan pembedahan plastik ke atas hidungnya, kali ini pelakon yang sedang meningkat naik, Hanez Suraya juga dikatakan melakukan pembedahan yang sama.

Desas-desus mengatakan Hanez telah pergi ke Bali, Indonesia untuk melakukan pembedahan plastik supaya hidungnya kelihatan lebih cantik.

Bagaimanapun, Hanez yang ditemui sewaktu majlis Media Prima TV Networks Screening 2014 terkejut apabila diajukan pertanyaan mengenai kebenaran di sebalik khabar angin tersebut.

Kelakarlah. Cerita ni tak benar. Mana ada saya buat pembedahan plastik. Saya ke Bali untuk bercuti.

Namun begitu, Hanez berpendapat perbuatan melakukan pembedahan plastik adalah perkara normal pada zaman sekarang dan ianya tidak salah jika dibuat untuk tujuan kecantikan.

Shane Filan PC-33

Bagi saya pembedahan plastik sudah jadi satu perkara yang normal sekarang ni. Kalau buat pembedahan plastik untuk kelihatan cantik, apa salahnya? Itu adalah hak masing-masing.

Menurut pelakon drama Love You Mr. Arrogant ini, dia percaya khabar angin sebegini timbul kerana ada seseorang yang ingin menjatuhkannya.

Saya tahu ada individu yang sebarkan berita palsu ini dan cuba memburukkan nama saya dalam industri. Apa yang boleh saya cakap, kalau betul dia cuba menjatuhkan saya, good luck with that!

Sementara itu, Hanez turut menyatakan dia sering menerima kutukan dan kata-kata kesat di laman sosial akibat daripada watak antagonis yang dibawakannya di dalam drama tersebut.

Dalam masa yang sama Hanez berharap orang ramai tidak terus menyamakan dirinya dengan watak Sherry kerana ianya hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

SKIP THIS AD ×