berita

Hanez Suraya Sudah Bersedia Untuk Berkahwin

October 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semua sedia maklum pelakon cantik Hanez Suraya kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Awi Rafael, yang terkenal dengan lagu “Bila Aku Jatuh Cinta” dan ‘Pulanglah.” Hubungan cinta mereka mula dihidu oleh pihak wartawan sejak bulan Mei lalu dan pasangan ini turut mengesahkan hubungan cinta tersebut.

Oleh itu, pihak OHBULAN! sengaja menghampiri Hanez Suraya dan bertanyakan mengenai perkembangan terbaru hubungannya bersama Awi Rafael. Manalah tahu mereka sudah membuat perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Akan tetapi, lain pula ceritanya. Menurut Hanez Suraya, segala perihal perkahwinan diserahkan kepada Awi Rafael untuk tentukannya. Dia juga tidak mahu komen lebih lanjut berkaitan perkara tersebut dan hanya berserah pada takdir dan jodoh untuk tentukan segalanya.

“Untuk bab perkahwinan, saya serahkan semuanya pada Awi. Saya tak nak lebih-lebih dan hanya mampu berdoa dan berserah pada jodoh. Apa pun, saya harapkan peminat-peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungan kami ini,” ujar Hanez sambil tersenyum manis.

Buat masa sekarang pelakon cantik ini akui dia memang sudah bersedia untuk memasuki alam perkahwin. Namun begitu dia tidak mahu tergesa-gesa dan ingin memberi masa untuk Awi Rafael menstabilkan dirinya dan karier.

Merujuk perkembangan terbaru, Hanez Suraya kini difahamkan sedang sibuk mengikuti penggambaran untuk drama “Dendam Pencinta” yang akan ditayangkan pada 1 Oktober 2012 di Slot Ratu, TV9.