berita

‘Hang Lah Batu Api Besar. Kalau Tak Nak Masuk Campur, Jangan Cakap Apa-Apa’ – Rita Rudaini

April 6th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Zaquan Adha berkata, dia enggan memberi sebarang komen berikutan kontroversi pasangan kembarnya, Aidil Zafuan dengan bekas isteri, Rita Rudaini.

Ujar Zaquan, dia tidak mencampuri urusan abangnya serta mendoakan yang terbaik buat Aidil dan pihak Rita.

Artikel Berkaitan: ‘Karma 7 Keturunan, Hati-Hati Dalam Menyakiti Orang Lain’

Artikel Berkaitan: ‘Lawak Bro, Sis Dah Lalui Benda Ni Dulu, Dah Curang & Salah Lepas Tu Tak Nak Cerai Sebab Ada Game’ – Rita Rudaini

Hang lah batu api

Berikutan daripada kenyataan tersebut, Rita dilihat mengeluarkan kenyataan balas bagi pihak dirinya. Menurut Rita, dia menyangkal dakwaan Zaquan berhubung tidak masuk campur hal rumah tangganya suatu masa dahulu. Ujar Rita, suami kepada Ayu Raudhah itu antara individu yang didakwa masuk ke dalam rumahnya untuk mengambil semua baju Aidil.

Bukan itu sahaja, Zaquan didakwa menghantar mesej kepada Aidil dan berkata, anak dalam kandungan Rita pada masa itu bukanlah anak mereka.

Orang ni kata dia tak masuk campur. Kalau dia lupa, dia la yang masuk rumah kami dulu dan ambil semua baju-baju abang dia. Hang lah yang send mesej dekat abang hang bagitahu anak yang mengandung tu bukan anak dia.

Hang lah batu api besar. Hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa.Diam je. Kita pun tak ada kaitan apa-apa. Last sekali, hang dan keluarga hang telah cipta Rita yang baru. Dulu aku lemah korang pijak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah terpaling bagus.

Foto

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Rita tidak menyebut nama bekas adik iparnya itu. Bahkan, foto Zaquan juga telah dikaburkan.

Sumber: Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×