
Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha dipuji oleh netizen di media sosial sebagai seorang ibu muda yang bijak dan berkelas (classy).
Artikel Berkaitan: Individu Kecewa Kualiti Baju Jenama Hanis Zalikha, Dakwa ‘Rosak’ Selepas Bergesel Dengan Beg Tangan – ‘Macam Kena Cakar Kucing’
Artikel Berkaitan: Hanis Zalikha Syukur Dapat Hairul Azreen, Miliki Prinsip Hidup Sama – ‘Kami Sangat Gila Dalam Percintaan’
Contoh wanita classy

Menerusi muat naik di Threads, individu dikenali Zuraida Noordin berkata pujian itu diberi kerana Hanis sering berkongsi kandungan (konten) keibubapaan yang pintar dan bermanfaat kepada para pengikutnya.
Tambahnya lagi, Hanis dilihat sangat berhati-hati memuat naik sebarang kandungan berkaitan anaknya, sekali gus melindungi mereka daripada perkara negatif.
Pemilihan Hanis memuat naik konten yang bijak secara tidak langsung dapat melindungi anak-anaknya dari perkara yang negatif.
Hal ini supaya tiada perkara negatif yang akan memberi impak kepada anak-anaknya.
Tambahnya lagi, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk melindungi anak-anak daripada perkara buruk terutamanya apabila memuat naik kandungan di media sosial.
Kita sebagai ibu bapa yang lebih tahu perlu berfikir untuk melindungi anak-anak daripada fitnah (kecaman melampau) daripada orang awam.
Ibu bapa bijak, anak hebat.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
