berita

Hans Isaac Akui Hubungan Dengan Neelofa, Serius

October 15th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Kalau sebelum ini kontroversi mengenai hubungan diantara Neelofa dan Hans Isaac masih menjadi tanda tanya, kini Hans Isaac, 41, telah tampil memberikan penjelasan berhubung statusnya bersama Neelofa.

Pelakon dan juga pengarah ini ketika ditembual memberitahu bahawa punca utama dia tidak mahu mendedahkan statusnya bersama Neelofa kerana serik dengan kisah cintanya sebelum ini. Hans turut mengaku bahawa hubungannya dan Neelofa semakin serius tetapi tidak memberitahu sejauh mana hubungan mereka.

“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini.” – Hans Isaac dipetik dari mStar Online.

Apa pun, OHBULAN! tetap menunggu berita gembira dari kedua selebriti ini.