Terdahulu, seorang bayi sembilan bulan telah disahkan meninggal dunia dipercayai diliwat dan dibunuh oleh suami kepada pengasuh yang menjaganya. Menurut laporan polis, suspek bertindak meliwat bayi itu dan membunuhnya dengan cara menekup mulut mangsa menggunakan tangan ketika pengasuh (isterinya) sedang menyapu di luar rumah.
Artikel berkaitan: Bayi 9 Bulan Dibunuh & Diliwat Suami Pengasuh
Ibu kepada bayi berkenaan iaitu Biey Adawiah meluahkan rasa sedih dan tidak dapat menerima ketiadaan anaknya dengan perbuatan sedemikian. Dia turut akan bertindak membela kematian anaknya itu untuk menuntut keadilan.
Telah selamat dikebumikan
Difahamkan, mangsa berusia sembilan bulan itu telah selamat dikebumikan pada 30 April lalu selepas solat Asar. Ibunya berkongsi perkara itu di laman Facebook dan meluahkan rasa terkilan dan tidak percaya dengan insiden yang telah berlaku.
Rindu yang tiada penghujung
Biey Adawiah tidak sangka akan berdepan dengan situasi sebegini. Dia bagaimanapun mahukan keadilan buat anak lelakinya itu mengikut undang-undang negara. Tambahnya lagi, seluruh keluarganya tidak dapat menerima perbuatan sekejam itu sepertimana diperlakukan terhadap mangsa yang baru sahaja berusia sembilan bulan.
Anak syurga kami
Ibu mangsa turut bekongsi foto anaknya tiga hari sebelum bayi itu dijemput Ilahi. Menurut perkongsian tersebut, pada hari berkenaan anaknya baru saja pandai melambai tangan yang diajar ibu, namun, tidak sangka itu adalah isyarat lambaian terakhir dari mangsa.
Sumber: Biey Adawiah