Hantaran penyanyi dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim menyorot perhatian dengan rupa parasnya yang tidak dimamah usia.

Artikel Berkaitan: Edry Serbu Bilik Karaoke Peminat Tengah Nyanyi Lagu ‘Terhangat Di Pasaran’ 

Artikel Berkaitan: Edry Abdul Halim ‘Pangkah’ The 1975 – ‘Di UK Orang Tahu Perangai Mereka Teruk’

Edward Cullen

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Edry, 50, memaklumkan bakal menjalani bulan Ramadan di Manchester.

Dalam pada itu, Edry berharap dapat menghabiskan masa di Malaysia bersama peminat dan rakan terdekat sebelum berangkat.

Misi tercapai. Siap konsert, rakaman dan promo.

Sudah tiba masanya untuk kemas dan balik Manchester berpuasa di sana.

Harap dapat jumpa peminat dan kawan-kawan sebelum pulang.

Tidak sabar untuk projek besar seterusnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang menyifatkan anggota KRU itu sebagai watak Edward Cullen berikutan rupa parasnya yang kekal awet muda.

Awet muda

Sumber: Threads @edryabdulhalim