
Penyanyi Wani Kayrie menjelaskan hantaran di media sosialnya yang mencetuskan tanda tanya peminat hanyalah luahan rasa sedih apabila merasakan usaha dan perjuangannya dalam industri seni kurang dihargai.
Luahan bukan dituju kepada sesiapa

Ketika ditemui OhBulan!, Wani berkata, hantaran tersebut tercetus selepas melihat perkongsian kejayaan beberapa rakan seperjuangannya yang pernah menyertai program realiti sama.
Sebenarnya itu adalah hantaran yang sebagai persoalan je. Sebab saya kan Big Stage musim pertama. Walaupun saya tidak menang dan nombor empat.
Sebagai alumni, sudah semestinya saya rasa macam sedikit sedih selepas melihat video itu.
Saya rasa macam kurang berjaya. Tetapi saya tak ambil serius sangat, tak ambil hati sangat. Cumanya rasa sedih sikitlah.
Macam orang tak pandang ke kejayaan saya yang saya cuba penat-penat juga buat setiap tahun ni, tapi tak apalah. Mungkin ada orang nampak, ada orang tak nampak. Apa yang saya boleh kata adalah saya akan teruskan je.
Dalam pada itu, Wani turut menafikan luahannya itu mempunyai kaitan dengan pihak label atau pengurusannya.
Jelasnya, hubungan bersama pihak pengurusan berada dalam keadaan baik dan hantaran tersebut bukan ditujukan kepada mana-mana individu.
Saya memang tak ada masalah dengan label pengurusan saya.
Dan hantaran itu pun sebenarnya adalah persoalan, tak ada tuju kepada mana-mana pihak, hanya untuk diri saya. Selebihnya biarlah orang luar yang menilai.
Ketika ditanya sama ada dirinya berasa dianaktirikan dalam industri, Wani berkata perkara itu tidak pernah merasa sedemikian kerana dia percaya setiap usaha yang dilakukan tetap membuahkan hasil.
Tidaklah dianaktiri. Lagu Cak Cak Cekuk pun boleh keluar disebabkan kedegilan saya sendiri dan pihak pengurusan pun bersetuju.
Kerana kegigihan dan kesungguhan saya untuk bawa lagu ini, hasilnya ada. Jadi saya bukan buat sesuatu itu hanya kerana mengikut keinginan saya.
Saya dah cukup lama eksperimen karier saya, dan saya rasa bila ada benda yang saya ada instinct benda ni boleh jadi, saya bincang dengan management dan hasilnya jadi.
Jadi selebihnya saya mengharapkan agar kadang-kadang kena dengar juga pendapat artis.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)