
Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman akhirnya tampil bersuara seolah-olah memberi bayangan mengenai kemelut rumah tangga bersama bekas suaminya, Razzi Abd Razak.
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Kongsi Foto ‘Free Hair’ Bersama Dua Anak, Ruangan Komen Dibanjiri Doa Netizen
Artikel Berkaitan: Tular Kembali Video Lama Norreen Iman Merayu Padam Gambar Tak Tutup Aurat
Diam diri
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Norreen seakan-akan mengatakan kesabarannya kini berada di penghujung apabila pihak tertentu didakwa mengeluarkan naratif yang dilihat bertujuan meraih simpati orang ramai.
Saya hanya diam sebab nak jaga hubungan untuk masa hadapan.
Tapi awak sengaja cuba buat orang lain puji awak, sedangkan awak sendiri tahu apa yang awak dah buat sepanjang perjalanan kita sebelum ini.
Norreen mengakui dirinya bukanlah manusia yang sempurna namun dia tidak pernah mengharapkan simpati daripada orang ramai terhadap apa yang berlaku dalam kehidupannya.
Saya bukan orang yang baik, tidak pernah sesekali pun sempurna.
Tapi kita hidup buat apa nak orang selalu simpati pada kita? Hidup kita, kita sendiri hadaplah.
Norreen mendakwa bekas suaminya sering cuba menggambarkan dirinya sebagai mangsa sepanjang perkahwinan mereka sebelum ini dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.
Enggan membuka kembali cerita lama, Norreen memberi amaran supaya tiada pihak cuba menguji batas kesabarannya.
Banyak kali awak cuba tunjukkan dekat orang yang awak adalah mangsa dalam cerita ni.
Tidak mengapa. Satu sahaja, “dunia kejam pada lelaki miskin”, “hidup tiada kena mengena dengan aku”… apa benda tu?
Patut ke saya bersuara tentang awak? Tak. Tapi jangan cuba uji kesabaran aku.
Terdahulu, Razzi memuat naik hantaran yang didakwa ditujukan kepada Norreen selepas penceraian mereka.
Keadaan menjadi lebih parah apabila Norreen berkongsi foto tanpa hijab dan Razzi didakwa memuat naik hantaran dengan harapan orang ramai boleh mendoakannya selain menyifatkan perkara itu tiada kaitan dengan dirinya.
Sumber: Threads