berita

‘Hantu’ Udang Diluar Sana Mesti Suka Dengan 4 Menu Masakan Udang Ini.. Pasti Meleleh!

July 18th, 2018 | by Ash Nordin
MyResipi

Kami pasti ramai diluar sana sangat gemar makan makanan laut atau dalam bahasa Inggeris, seafood. Antara makanan laut jadi pilihan rakyat Malaysia ialah ikan, ketam, sotong dan juga udang. Apa istimewanya makanan laut ini adalah anda boleh mencuba pelbagai jenis masakan mengikut kreativiti anda. Jadi kali ini kami ingin kongsikan beberapa menu masakan udang yang menjadi ‘kegilaan’ buat pencinta makanan ini. Jom layan!

Buttermilk Udang

Ini merupakan salah satu menu wajib bagi pencinta udang di luar sana. Boleh dikatakan kebanyakan restoran kini menyajikan menu udang masak mentega ini. Tetapi menu ini terbahagi kepada dua masakan, terpulang kepada anda sama ada inginkan yang berkuah atau pun kering. Kebanyakannya lebih gemar kepada berkuah.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/udang-buttermilk

Udang goreng tempura

Selain daripada masakan bertemakan mentega, sesetengah orang lebih gemar untuk makan masakan kering. Jangan risau jika anda tidak inginkan masakan berkuah, anda boleh mencuba udang goreng tempura. Mengapa masakan ini jadi pilihan orang ramai adalah, ia bukan sahaja boleh makan dengan nasi malah boleh makan begitu sahaja. Cicah dengan sos pun sedap!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/udang-goreng-rangup-31a83db2-cb4c-405c-93eb-af33429cfe9f

Udang kari meletop!

Udang masak lemak cili api dah menjadi kebiasaan untuk orang ramai. Apa kata kali ini anda cuba pula masakan kari udang. Tamabahan pula lepas tu makan dengan nasi dan telur mata. Mesti selepas itu anda akan tambah nasi sampai dua hingga tiga pinggan!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kari-udang-meletop

Udang goreng oat

Tahukah anda selain masakan mentega, menu masakan bertema oat juga menjadi kegemaran orang ramai. Rasanya lebih kurang sahaja dengan masana mentega yang kering tetapi apa membuatkan menu ini sedap adalah kerak oat dan juga udang sangat crispy!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/udang-goreng-oat

Sumber: MyResepi

The following two tabs change content below.

Ash Nordin

Content Champions at Rev Asia Berhad
Bukan Norman Hakim, Bukan Keith Foo. Ashie, lelaki tegar.

Most Read Today