berita

Hanya 2,000 Orang Sehari Dibenarkan Rentas Tambak Johor, Link Kedua

July 15th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan hanya 2,000 orang sehari dibenarkan melalui Tambak Johor dan Link Kedua bagi tujuan rentas sempadan.

Sementara itu, bagi tujuan rasmi dan perniagaan penting setiap minggu dihadkan kepada 400 orang sahaja sehari menggunakan Laluan Hijau Timbal Balik.

Akan dikaji untuk penambahan

Menurut Hishammuddin lagi, proses keluar masuk akan diumumkan secara terperinci sepuluh hari sebelum tarikh dan kedua kategori bagi kemudahan ini akan dikaji bagi penambahan dari semasa ke semasa bergantung pada jumlah kes Covid-19 dan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Perjalanan rentas sempadan ini terdapat dalam dua kategori iaitu rentas sempadan setiap hari yang membabitkan seramai 200,000 rakyat kedua negara bagi tujuan kerja sahaja.

Dalam sidang media hari ini, Hishammuddin berkata bagi kategori ketiga dan keempat, kerajaan dua negara masih akan memperhalusi banyak perkara sebelum ia boleh dilaksanakan.

Sempadan Malaysia Dibuka 10 Ogos

Dalam hal lain, Hishammuddin dan Menteri Luar Singapura, TYT Vivian Balakrishnan memaklumkan perjalanan rentas sempadan dibenarkan bermula 10 Ogos 2020.

Laluan RGL ini membolehkan rakyat dua negara ini merentas negara masing-masing atas urusan rasmi dan perniagaan penting sahaja. Lain, PCA juga membenarkan rakyat Malaysia dan Singapura memegang pas imigresen jangka panjang untuk memasuki dua negara bagi tujuan bekerja.

Bagi mereka yang memenuhi syarat perjalanan, harus mematuhi protokol kesihatan yang telah dipersetujui. Selain itu, Malaysia Singapura juga sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan rentas sempadan lain termasuk perjalanan setiap hari.

Sumber : Harian Metro , Hishammuddin Hussein

SKIP THIS AD ×