![]()
Selepas disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian ovari, seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Jannah Jahari terpaksa menjalani pembedahan segera untuk membuang ketumbuhan tersebut. Menerusi laporan Mstar, ketumbuhan gadis tersebut telah pecah dan merebak di seluruh perutnya.
Menurut doktor yang merawat, jangka hayat untuk gadis itu hidup agak tipis dan hanya diberikan tempoh dua minggu hingga sebulan sahaja. Melalui perkongsian Aiennaa, gadis ini berkongsi perkembangan arwah selepas pembedahan dan berita pemergian arwah seperti yang diramalkan oleh doktor. Sedihnya!
Tolong doakan
![]()
![]()
Alhamdulillah, ada sedikit perubahan
![]()
Allah lebih sayangkan dia
![]()
![]()
![]()
Dapat tahu selepas menjalani pembedahan
![]()
Menurut tunang Nur Jannah yang dikenali sebagai Aidil, pihak hospital gagal mengesan penyakit tunangnya pada peringkat awal. Ketumbuhan tersebut dikesan selepas ianya pecah dan merebak ke seluruh perutnya. Tambahnya, doktor itu mmeberitahu selepas pembedahan dilakukan.
Memang buat saya terduduk, terkilan semua ada. Memang saya sangat kecewa dengan pihak hospital kerana jika mereka cepat detect, mesti tunang saya boleh dirawat.
Reaksi netizen
![]()
Rata-rata netizen sedih membaca perkongsian tersebut. Mereka mengucapkan salam takziah buat keluarga Nur Jannah dan mendoakan arwah ditempatkan dengan orang yang beriman.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)