Di Instagram, jaguh silat negara, Al Jufferi Jamari memuat naik sebuah posting mengenai keadaan anaknya, Furqan Al Haq yang sedang bertarung nyawa akibat kanser. Menurut Jufferi, anaknya yang berusia tiga tahun itu kini berada di hospital.
Awak anak yang hebat
Menurut Jufferi, Furqan seorang anak yang kuat dan hebat. Meskipun diberi ujian menghidap penyakit kanser, anaknya itu masih bersemangat dan berjuang untuk terus hidup. Sebagai ayah, Jufferi berkata dia dan isteri nampak kekuatan Furqan tatkala dimasukkan ke hospital hari ini.
Hari ini seharian tak tidur. Dari start program kemerdekaan di Kuatan hingga pagi ni di hospital. Time to seleep jap ya Haq. Apa-apa Haq kejut ayah okay. Awak anak yang hebat. Hanya ayah dan mummy sahaja yang nampak kekuatan kamu. Teruskan berjuang.
Menerusi posting Jufferi, pengarah, Syamsul Yusof dan Yusuf Azmi turut mendoakan agar anak kecil itu kuat dan kembali sihat. Mereka berharap orang ramai dapat mendoakan segala urusan Furqan dipermudahkan.
Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia. Saya mohon kepada anda semua doakan anak tercinta buat adinda saya. Yang sedang menghadapi kanser.. Sedang berada di Wad agak kritikal. Doa anda semua semoga menjadi asbab, Allah mengangkat segala kesakitan. Saya memohon kepada semua Para Ulama yang mengenali saya, mohon doa bersama. Saya mohon sangat sangat. Doa anda semua diperlukan. Sesungguhnya Doa itu senjata buat hamba Allah yang mukmin.
Sumber: Al Jufferi Jamari