berita

Hanya Dari RM4.80 Sehari? Dapatkan Telefon Terbaik HONOR Untuk Ibu Bapa Dengan Pelan Ansuran Yang Mampu Milik!

June 8th, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang masih tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada ibu dan ayah korang sebagai tanda penghargaan diatas segala usaha mereka?

Apa kata, korang hadiahkan mereka salah sebuah telefon pintar dari HONOR Magic Series? Bukan apa, Honor Magic Series menawarkan pelbagai pilihan telefon pintar dengan fungsi yang sangat berguna untuk seisi keluarga apatah lagi untuk para ibu dan bapa  diluar sana.

Tambahan pula sekarang mereka ada tawarkan pelan ansuran sehingga 24 bulan dengan bayaran serendah RM4.80 sehari dengan faedah 0%.

Nak tahu lebih lanjut mengenai koleksi telefon pintar HONOR Magic Series dan kelebihannya. Artikel ini ada perkongsiannya.

HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic Vs dan HONOR Magic5 ada keistimewaan tersendiri!

Ketiga-tiga telefon pintar iaitu HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic Vs dan HONOR Magic5 merupakan peranti dengan fungsi yang kelebihan yang berbeza.

Misalnya HONOR Magic5 Pro, telefon pintar ini lebih sesuai digunakan oleh para ibu, terutama sekali buat para ibu yang suka ambil gambar. Berbeza pula dengan para ayah dekat luar sana.

Selalunya para ayah gemarkan telefon dengan skrin yang bersaiz besar agar mudah diorang nak balas Whatsapp, mesej dan nak baca berita jadi min recommend untuk para ayah dapatkan Honor Magic Vs kerana saiznya yang lebih besar .

Kalau korang ada extra bajet boleh juga hadiah HONOR Magic5 kepada adik korang. Telefon ni merupakan entry-level flagship. So, sesuai sangat digunakan dan digayakan oleh para remaja.

HONOR Magic5 Pro berikan paparan terbaik sambil lindungi mata!

1. Paparan telefon pintar terbaik dengan 3 ciri perlindungan mata

Dilengkapi dengan 3 teknologi perlindungan mata, telefon pintar HONOR Magic5 Pro datang dengan paparan malam Circadian.

Kalau korang nak tahu paparan malam Circadian ini sangat istimewa kerana ia membantu mata untuk rehat agar korang boleh menikmati tidur yang berkualiti.

Hal ini kerana, fungsi paparan malam Circadian ini telah terbukti dapat melindungi mata, sekaligus merangsang tidur yang lebih nyenyak.

Bukan itu sahaja, fungsi peredupan 2160Hz PWM, turut mengurangkan “flicker” pada skrin HONOR Magic5 Pro. Jadi, mata tak rasa perih dan kering walaupun digunakan dalam jangka masa yang lama.

2. Tangkapan Falcon Milisaat

Selain melindungi penglihatan, kamera HONOR Magic5 Pro juga mampu merakam setiap detik berharga yang ingin korang abadikan selamanya hanya dalam beberapa milisaat dengan jelas. Bahkan, gambar yang diambil juga memiliki kualiti HD dengan warna yang sangat vibrance.

3. Bateri tahan lama dan terbaik dalam kelasnya

Memiliki bateri berketumpatan Ultra-tinggi iaitu sebanyak 5100mAh, telefon pintar ini boleh bertahan lebih daripada 10 jam sehari jika digunakan secara minimal.

Oleh itu, telefon ni sangat sesuai korang hadiahkan buat buat para ibu mahupun ayah yang gemar scroll Facebook dan layan TikTok sebab mereka boleh layan Facebook dan TikTok bila-bila sahaja mereka inginkan tanpa perlu bimbang bateri telefon cepat habis.

HONOR Magic5… ‘flagship’ terbaik, mampu milik untuk pelajar dan graduan

Sama seperti telefon pintar HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic 5 turut dilengkapi dengan 3 teknologi perlindungan mata.

Didatangkan dengan Millisecond Falcon Capture bertanda dagang, HONOR Magic5 merupakan telefon pintar entry level flagship yang ditawarkan pada harga berpatutan, selain memiliki rekaan moden yang cukup sesuai digayakan oleh golongan remaja mahupun para graduan.

Turut dilengkapi dengan Snapdragon 8 Gen 2, kualiti kamera HONOR Magic Series dikekalkan dan terus cemerlang demi kepuasan pengguna.

Menawarkan kapasiti bateri yang besar dengan saiz bateri yang lebih nipis dan ringan, min boleh katakan bateri HONOR Magic5 berada pada kelasnya yang tersendiri bahkan lebih cekap kuasa berbanding HONOR Magic5 Pro.

3. HONOR Magic Vs, telefon pintar elit… boleh lipat bantu tingkatkan kecekapan kerja

1. Lebih nipis dan ringan HONOR Magic Vs miliki jangka hayat bateri paling lama dan umphhhh!

Berbeza dengan rekaan kedua-dua telefon pintar diatas, HONOR Magic Vs merupakan telefon pintar boleh lipat dengan rekaan mewah dan memiliki engsel tanpa jarak disamping ringan untuk dipegang.

Kecil-kecil cili padi, HONOR Magic Vs memiliki bateri berkapisiti besar iaitu 5000mAh walaupun rekaannya lebih nipis.

Ujian ketahanan bateri telah dilakukan dan bateri HONOR Magic Vs terbukti lebih tahan lama berbanding iP**** 14 P**.

2. Tahan lasak!

Tidak hanya memiliki bateri berkapasiti besar, HONOR Magic Vs juga telah diperakui oleh TUV Rheinland kerana ketahanannya. Hal ini kerana, walaupun telah dibuka 400,000 kali lipatan/buka ianya masih boleh digunakan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Ianya juga merupakan telefon boleh lipat pertama yang didatangkan dengan jaminan selama 180 hari. In case, berlaku sebarang keretakan pada skrin paparan, korang tak perlu risau. Proses penggantian skrin adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak HONOR.

3. Skrin dua fungsi sesuai digunakan untuk hiburan mahupun kegunaan ringkas!

Memiliki saiz skrin dalaman yang besar iaitu sebesar 7.9 inci, korang tak perlu bimbang sebab skrin luaran lebih kecil bersaiz 6.45 inci dengan ratio 21:9 sama seperti telefon pintar biasa. Jadi tak kan nampak jangal pun bila korang lipat telefon ni.

Saiz skrin dalaman sengaja dibuat lebih besar untuk memberikan korang kepuasan ketika main game, tengok filem dan layan video-video online dengan HONOR Magic Vs.

Sebelum min terlupa, HONOR Magic Vs juga turut dilengkapi dengan teknologi penjagaan mata bertanda dagang iaitu fungsi peredupan 1920Hz PWM dan paparan malam Circadian.

Andai kata korang masih belum terjumpa apa-apa hadiah yang nak diberikan pada ibu, ayah dan adik korang sempena sambutan hari istimewa mereka, korang boleh cuba usha telefon pintar dari HONOR Magic Series.

Sekarang, diorang tengah buat promosi pelan ansuran sehingga 24 bulan dengan bayaran serendah RM4.80 sehari tanpa faedah. Mungkin inilah peluang korang untuk gembirakan hati mereka dengan hadiahkan telefon impian mereka.

Maklumat lanjut berkaitan HONOR Magic Series boleh didapati di SINI

SKIP THIS AD ×