Seluruh dunia hari ini diuji dengan satu wabak penyakit yang boleh mengundang maut. Dalam membendung penyakit daripada terus tersebar, kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kuarantin pelajar yang baru pulang dari luar negara.
Farhana Goh, seorang pelajar di Mesir pada tahun 2011 kongsi pengalaman di mana negara itu diisytihar darurat. Pada waktu itu, kerajaan Malaysia membawa pulang ribuan mahasiswa dan mahasiswi akibat Rampasan Kuasa Tentera Mesir.
Perintah darurat di Mesir
Dari Egypt ke Jeddah naik charlie sumbat ramai-ramai sampai ada nak pengsan
Transit di Jeddah asrama Haji
-OPERASI PIRAMID 2011-
MESIR ISYTIHAR DARURAT
Pada waktu itu, kerajaan Malaysia membawa pulang ribuan mahasiswa mahasiswi Mesir akibat Rampasan Kuasa Tentera Mesir.
Perintah darurat di isytihar di Mesir. No internet , No Wifi, No Phone Signal, Tak boleh keluar rumah langsung. Nothing…
Kami hanya dengar bunyi tembak menembak, bomb dan kereta kebal dari dalam rumah. Tak berani nak jenguk luar.
Alhamdulillah, pelajar yang mempunyai pengalaman ketika operasi piramid ni semua dah graduate. Semua dah jadi doctors dentist pharmacist dan orang-orang hebat sekarang ni. Most of them are the frontliners now.
Jangan cakap anda tak suka dikurung
Bas dan tremco sampai nak bawa untuk evacution
Tolonglah jangan cakap anda tak suka kena kurung. Anda tak suka makanan free penginapan free. Anda tak suka itu tak suka ini.
Bersyukur. Sebab ramai lagi yang pernah mempunyai pengalaman yang lebih teruk dari PKP lockdown ini.
Di mana sahaja anda berada spread Positivity. Kurangkan kontroversi atau pergaduhan. Selesaikan masalah sendiri . Jangan sebarkan berita tidak sahih. Berikan kata-kata semangat buat semua frontliners.
They need support and positive words in social media too.
Kenangan pahit manis tidak dapat aku lupakan
Askar bagi pek makanan mereka
Dan jangan marah-marah kerajaan bantu bawa pulang students ke Malaysia. Mereka tak tahu nak bergantung pada siapa dah. Mereka juga future of Malaysia. InsyaAllah one day they will be a great leader and will serve the best for our country like most of my friends now.
MANSOURA-ALEX-JEDDAH-COLOMBO-KLIA
Operasi Piramid 2011 kenangan pahit manis yang tidak dapat aku lupakan.
Ps: Charlie tu datang bawa kami ke Jeddah 3-4 jam kena masuk sumbat ramai-ramai ada yang nak pengsan kena berdiri berjam jam. Tapi tak ada students yang complaint. Walaupun ada je anak orang kaya or anak vvip dalam tu tapi darurat kan semua faham-faham jela.
Syukur. Rasanya students sekarang kena hantar pergi kem askar macam Korea tu baru rasa erti survival macam mana.
#StayAtHome
#HapuskanRantaianCovid19
Sumber : Farhana Goh