berita

‘Hanya Ikut Piawaian Antarabangsa’- Didakwa Punca Kepada Kemalangan Motosikal, DBKL Buka Semula Pembahagi Jalan

January 23rd, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai kemalangan yang berlaku di pusat bandar dipercayai berpunca daripada pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator). Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memasang rubber separator ini didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Lantaran itu, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah telah mengeluarkan arahan supaya rubber separator dibuka semula. Beliau juga berkata pihak DBKL sedang mengkaji perkara tersebut dan akan membuat pertimbangan untuk menggantikannya dengan ‘flexible barrier’.

Mengikut piawaian antarabangsa

Menerusi laporan Harian Metro, Datuk Mahadi memaklumkan pemasangan rubber separator itu sebenarnya bertujuan untuk mengikut piawaian antarabangsa seperti yang digunapakai oleh negara lain.

DBKL akan meneliti semula perkara ini berdasarkan cadangan dan bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan selesaikan permasalahan ini sebaik mungkin supaya keselamatan pengguna terjamin.

Selain itu, DBKL akan memastikan jenis permukaan laluan basikal itu berada dalam keadaan selamat sebelum ia dibuka secara rasmi kepada penunggang basikal.

Laluan basikal fasa pertama itu disediakan DBKL sebagai alternatif kepada orang ramai yang memilih untuk berbasikal ke pusat bandar.

Fasa pertama bermula dari ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail hingga ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan berpatah balik ke Jalan Sultan Ismail melalui Medan Pasar dan Dataran Merdeka.

Buka semula rubber separator

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, kerja-kerja membuka semua rubber separator sepanjang 11.9 km itu telah dijalanlan oleh wakil kontraktor DBKL pada semalam.

Kemalangan motosikal di ibu kota

Semalam, kecoh di media sosial mengenai seorang penunggang motosikal yang dikatakan telah mengalami kemalangan kerana melanggar rubber separator tersebut. Ternyata, perkara tersebut telah mendapat perhatian netizen yang berpendapat pemasangan pembahagi jalan tersebut membahayakan pengguna motosikal.

Pujian harus diberikan kepada pihak DBKL kerana peka dengan aduan yang diberikan oleh orang ramai mengenai isu pembahagi jalan ini. Diharap selepas ini DBKL akan lebih teliti mengenai penambahbaikkan yang ingin dilakukan kerana risau perkara tersebut tidak bersesuaian dengan cara pengguna jalan raya di Malaysia.

Sumber: Harian Metro, Haresh Deol

SKIP THIS AD ×