berita

Hanya Individu Terima SMS, WhatsApp Sahaja Boleh Solat Di Masjid

May 15th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bermula hari ini, hanya individu yang menerima mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp sahaja yang dibenarkan hadir dan boleh mendaftar bagi mengerjakan ibadah solat jemaah atau Jumaat di masjid dan surau.

Menerusi laporan Berita Harian, mesej berkenaan akan dimaklumkan kepada ahli kariah melalui ahli jawatankuasa masjid atau surau Jumaat berkenaan.

Tidak melebihi 30 orang

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail terdapat lima cadangan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh JAWI kepada semua pengerusi masjid dan surau Jumaat yang berada dalam zon hijau bagi menentukan jemaah yang dibenarkan hadir.

Penggiliran untuk ahli kariah yang dibenarkan mengerjakan solat adalah tertakluk kepada keputusan sama ada oleh pentadbir masjid atau surau itu sendiri iaitu dalam kalangan pengerusi, ketua imam dan imam. Mereka akan membuat pemilihan ahli kariah tertentu dengan jumlah maksimum yang dibenarkan iaitu tidak melebihi 30 orang termasuk pegawai dan jawatankuasa bagi sesebuah masjid atau surau Jumaat.

Tambahnya, keutamaan akan diberikan kepada ahli jawatankuasa masjid atau surau termasuk pengerusi, jawatankuasa kariah, ketua imam, pegawai masjid dan petugas yang berkaitan.

Dilaksanakan secara berperingkat

Keputusan ini adalah selaras keputusan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan Perdana Menteri pada 12 Mei 2020.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memberitahu bahawa solat lain secara berjemaah boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat hari ini. Hal tersebut berdasarkan cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-5.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×