berita

Hanya Jemput 100 Tetamu, Jehan Miskin Bakal Nikah Esok

May 3rd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-05-03 at 11.04.44 AMOHBULAN! rasa ramai yang sudah tahu dengan kisah pelakon, Jehan Miskin yang tiba-tiba sahaja sudah mahu melangsungkan perkahwinan.

Tidak seperti selebriti lain, Jehan benar-benar mengejutkan para peminat dan juga media kerana dia bukan saja mengumumkan berita gembira ini secara tiba-tba, malah bakal isterinya juga merupakan gadis yang berasal dari Korea.

Menurut Jehan yang ditemubual oleh mStar Online, dia akan melangsungkan majlis pernikahannya di Carcosa Seri Negara pada jam 2 petang esok dan akan turut melangsungkan sekali majlis persandingannya.

Pelakon berusia 34 tahun ini juga awal-awal lagi sudah meminta maaf agar tiada pihak yang berkecil hati jika tidak dijemput ke majlisnya esok.

“Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput.

“Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami.”

Bagaimana pun, sehingga kini Jehan masih belum mendedahkan siapakah identiti isterinya dan kita semua bakal mengetahuinya esok. Tahniah Jehan!

SKIP THIS AD ×