Kempen “Making Flu Prevention My New Normal’ atau dalam Bahasa Melayu “Cegah Flu, Norma Baharu” merupakan kempen nasional bagi membendung wabak influenza/pencegahan flu. Kempen ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Vaccination is Protection (VIP) dan Malaysian Influenza Working Group (MIWG) dan ianya disokong oleh Sanofi Pasteur.
Ini juga merupakan inisiatif sebagai satu kesedaran buat masyarakat bagi mempromosikan imunisasi bagi semua golongan usia terhadap penyakit yang dapat dicegah melalui vaksin.
Hanya klik di website
Kempen ini juga merupakan satu inisiatif kesihatan awam nasional untuk membina kesedaran terhadap rakyat Malaysia bagi mendorong mereka mengambil tindakan terhadap pencegahan flu. Ini juga dikira sebagai tindakan cinta kepada diri sendiri dan orang tersayang bagi menjadikan Malaysia lebih sihat, selamat dan lebih baik.
Bagaimanapun orang ramai hanya perlu klik butang ‘pledges’ yang tertera di laman web kempen www.actoflove.ifl.my bagi menyatakan sokongan anda terhadap kempen ini. Laman web ini juga menyediakan artikel pendidikan, video dan informasi lain mengenai flu. Selain itu, kempen ini bertujuan untuk mendapatkan 300,000 ‘pledges’ di hujung minggu ke 12 kempen ini.
Konsert secara ‘online’
Lebih menarik, pada 10 September, Khamis jam 9 malam, satu konsert secara atas talian akan diadakan yang akan menampilkan selebriti terkenal tempatan yang menyokong kempen ini. Konsert ini boleh ditonton melalui laman web actoflove, laman YouTube immunise4life dan Facebook Immunise4Life. Konsert ini akan dihoskan oleh MK dan Jeremy Teo di mana bakal menampilkan artis-artis yang berbakat seperti Andrew Lee, De Fam, Debbie Loo, Douglas Lim, Jaclyn Victor, Jeryl Lee Pei Ling, Kavin Jay, MK, Sawyer Long dan Talitha.
Walaubagaimanapun, senarai rakan kempen juga menunjukkan pertambahan dan ini termasuk lah Association for Residential Aged Care Operators of Malaysia (AgeCope), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Malaysia Association of Kindergartens/Persatuan Tadika Malaysia (TPM), Malaysian Medical Association (MMA), Malaysian Pediatric Association (MPA), Malaysian Society of Infectious Diseases dan Chemotherapy (MSIDC), National Council of Senior Citizens Organisations Malaysia (NASCOM, Registered Childcare Providers Malaysia/Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Rotary Malaysia, District 3300 dan Universiti of the Third Age (U3A).
Kempen in juga disokong oleh selebriti Malaysia lain dan ‘influencer’ media sosial seperti Awal Ashaari, Betty Rahmad, Scha Alyahya, Debbie Goh, Dr Halina Yunos, Dr Say Shazril, Arynna Alyssa Dezek, Carey Ng, Jing Jing Beh, Loo Aye Keng dan Nik Adam Mika.