berita

‘Hanya Mahu Bergurau’ – Aksi Freestyle ‘Terlampau’ Pengantin Viral, Jurugambar Mengaku Silap

June 9th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Aksi freestyle terlampau pasangan pengantin bersama seorang perempuan di atas pelamin undang kritikan ramai. Gambar yang menjadi viral di laman sosial itu menunjukkan wanita tersebut dipegang di bahagian dada.

Memetik laporan Harian Metro, jurugambar memohon agar gambar tersebut dipadam dengan segera.

Mahu bergurau

Jurugambar perkahwinan yang dikenali sebagai Syafiq Avy menjelaskan dia hanya bergurau sempena ulang tahun kelahiran rakan baik.

Saya mohon orang ramai padam dan berhenti menularkan gambar ‘kurang senonoh’ rakan saya daripada media sosial masing-masing, ini adalah kesalahan saya semata-mata mahu bergurau sempena ulang tahun kelahiran rakan baik.

Menyedari gambar tersebut menjadi viral dia segera memadamnya dan memohon maaf kepada rakan di atas perbuatannya itu.

Walaupun rakan saya sudah memaafkan saya namun terbit rasa bersalah berikutan muka mereka kini menjadi tular disebabkan gurauan keterlaluan saya.

Saya mengambil ini sebagai pengajaran dan berharap orang ramai tidak mencontohi tindakan saya, bergurau juga ada batasnya lebih-lebih lagi membabitkan maruah seseorang.

Dia juga memberitahu tindakan tanpa berfikirnya itu telah menyebabkan pengantin tersebut iaitu rakan baiknya bersama kakak dan isterinya dikecam orang ramai.

Wanita di tengah adalah kakak kandung pengantin lelaki

Wanita yang berada di tengah itu adalah kakak kandung kepada pengantin lelaki dan gambar itu adalah untuk simpanan peribadi kami saja.

Bagaimanapun, saya akui ini semua salah saya kononnya untuk bergurau dengan rakan sempena ulang tahun kelahirannya dan memuat naik gambar berkenaan di Facebook saya.

Tidak sangka, hantaran saya menjadi tular dan rakan, kakak serta isterinya dikecam teruk netizen.

Dia mengakui kesal di atas perbuatan tersebut dan mengambil pengajaran sepenuhnya.

Ketika saya meminta mereka bergambar gaya bebas, secara spontan mereka bertiga melakukan aksi berkenaan.

Tidak tahu apa yang ‘merasuk’ fikiran, saya boleh memuat naik gambar berkenaan di Facebook saya sehingga tular, pengalaman ini memberi saya pengajaran berharga.

Kata jurugambar ini lagi, gambar tersebut diambil pada April tahun lepas. Dia itu adalah aksi spontan adik beradik tersebut.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×