berita

Hanya Makan 3 Hari Sekali, Isteri Nekad Bunuh 3 Anak Tidak Mahu Lagi Hidup Susah

December 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap manusia akan diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang, sebagai hambaNya kita harus kuat mendepani dugaan tersebut.

Namun, akibat hidup yang serba kekurangan dari segi kewangan seorang wanita, daripada Sumatera Utara, sanggup mengelar leher tiga anaknya. Alahai!

Cuba bunuh diri

Foto: Tribun News

Memetik laporan Tribun Newssuspek bukan sahaja bertindak membunuh tiga anaknya dengan cara mengelar leher mereka, bahkan dia juga cuba membunuh diri susulan insiden itu. Menurut suami suspek, dikenali sebagai Nofedi Lagahu, isterinya sebelum ini pernah meluahkan perasaan kerana tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Kami hidup susah, hanya makan sekali dalam tempoh tiga hari. Jika tiada wang untuk beli beras, saya beri anak pisang dan air kosong saja.

Jelasnya lagi, dia hanya mengambil upah sebagai penoreh getah dan menerima gaji sekitar 200,000 rupiah (kira-kira RM57.61) bagi tempoh seminggu bekerja. Gaji yang diperolehnya digunakan untuk menampung perbelanjaan harian dan keperluan rumah. 

Kerap bergaduh

Sekadar gambar hiasan

Tidak berakhir di situ, Nofedi turut menceritakan sering berselisih faham dengan isterinya, Marina Tafona’o. Namun, dia sama sekali tidak menyangka isterinya akan bertindak sedemikian rupa. Kejadian tersebut berlaku pada Rabu yang lalu, di mana Marina bertindak membunuh anaknya sendiri.

Ketika kejadian, suaminya tidak berada di rumah kerana keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kepala Daerah dan ditemani anak sulungya. Setelah selesai mengundi, dia terkejut apabila melihat ketiga-tiga anaknya telentang dan berlumuran darah. Suspek juga turut berada di sebelah ketiga-tiga mangsa bersama parang yang digunakan untuk mengelar mereka.

Menurut Ketua Polis Nias, Iptu Yasden, hasil siasatan mendapati leher ketiga-tiga manga hampir putus akibat tindakannya yang mengelar menggunakan parang.

Suspek cuba kelar lehernya namun sempat dihalang jiran.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×