berita

Hanya Mampu ‘Cuci Mata’ Sebab Mahal, Bapa Menangis Anak Hadiahkan Jam Tangan Idaman – ‘Ya Allah, Cita-Cita Abah’

November 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dinafikan, kasih sayang yang dicurahkan insan bergelar ibu bapa terhadap anak-anak memang tiada tolok bandingnya. Bahkan mereka juga lah merupakan insan yang banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi membesarkan anak-anak. Kadangkala mereka sanggup melupakan hasrat atau keinginan sendiri semata-mata kerana mahu memastikan segala kelengkapan anak-anak mencukupi.

Hadiahkan abah jam tangan

Baru-baru ini viral satu video di TikTok memperlihatkan tindakan seorang anak membuat kejutan terhadap bapanya dengan membeli jam tangan idaman insan kesayangannya itu. Menurut pemuda ini, bapanya sudah lama berkenan dengan jam tangan tersebut malah sudah menjadi satu kelaziman buat bapanya untuk singgah di kedai jam tangan terbabit setiap kali apabila pergi ke bandar Alor Setar. Namun, bapanya sering memaklumkan hanya mampu ‘mencuci mata’ sahaja memandangkan dia tidak mampu memilikinya kerana harga jam tersebut agak mahal.

Tapi hari ini, saya hadiahkan jam yang dia nak tu. Sebak pula bila tengok reaksi dia.

Saat pemuda ini menghulurkan kotak berisi seutas jam itu, si bapa kelihatan terkesima dan seakan tidak percaya bahawa di hadapan matanya adalah jam idamannya selama ini. Malah dia berkali-kali bertanya adakah benar jam itu diberikan kepadanya. Tidak lama selepas itu, si bapa yang tidak dapat menahan sebak telah mengalirkan air mata kegembiraan. Dia juga sempat berkata, jam tersebut merupakan cita-citanya.

Untuk siapa ni? Siapa beli? Ya Allah, cita-cita abah. Betul ke ni bagi dekat abah? Betul ke hampa beli dekat abah? Terima kasih. Memang cita-cita abah tapi abah kata tak apa sampai bila pun abah tak boleh pakai dah.

Surprise buat abah

Sebaknya…

Video yang dikongsikan Naem Zaimi telah mendapat hampir 1.9 juta tontonan. Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sebak selepas melihat reaksi lelaki ini. Malah tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa rindu terhadap bapa masing-masing.

Sumber: Naem Zaimi

SKIP THIS AD ×