berita

Hanya Muat Naik Kehidupan Di Ladang, Tukang Sawit Ini Peroleh Lebih 150k Subscribers Di Youtube

May 10th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Jika kreatif dan pandai mengambil peluang, seseorang mampu menjana pendapatan sampingan melalui platform Youtube. Tanpa menggunakan alatan canggih dan teknik editing yang luar biasa, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan pembikinan video yang asalnya hanya suka-suka sahaja.

Seperti tukang sawit yang berasal dari Indonesia ini, dia sehingga kini mendapat lebih 100k subscriber dengan hanya memuat naik video ketika bekerja di ladang.

153k pengikut

Lelaki yang dikenali sebagai Dimas Pratama ini difahamkan bekerja sebagai tukang angkat buah sawit di sebuah ladang di Malaysia. Kesemua video yang dimuatnaiknya di Youtube adalah berkaitan pengalaman bekerja dan beberapa tricks ringkas.

Lebih 700k tontonan

Maksud dan tujuan saya membuat video ini tidak ada unsur unsur pamer-pamer kekuatan atau merendahkan satu sama lain. Saya ingin menunjukkan pekerjaan saya dan inilah trik yang saya pakai.

Video paling tinggi jumlah tontonannya adalah mengenai cara uniknya mengangkat buah sawit. Lebih 700k tontonan! Jelasnya, apa yang dipamerkan bukan untuk menunjuk kekuatan atau merendahkan orang lain namun sekadar bercerita mengenai pekerjaan.

Alhamdulillah dapet gaji segini di Malaysia. Yang penting halal dan berkah untuk anak dan isteri.

Seterusnya dia pernah mendapat tontonan sehingga 300k dimana dia menunjukkan suasana tempat tinggal dan gaji pertama yang diterima selepas sebulan bekerja. Gaji pertama yang diperolehinya adalah sebanyak RM 1,122. Dia turut menjelaskan kadar bayaran yang diterima jika bekerja menggunakan lori sendiri dan lori tumpang.

Di ruangan komen, terdapat banyak respon positif diterima daripada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Respon positif

Sumber : Adib , Dimas Pratama

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×