berita

Hanya Pakai Barang Di Dapur, Ini Petua Mujarab Hilangkan Sakit Kaki Cara Tradisional

January 20th, 2020 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Ramai antara kita yang berhabis puluhan Ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan urut atau spa ketika mengalami sakit dan terasa lenguh di bahagian tubuh badan. Daripada anda membazirkan wang untuk dapatkan perkhidmatan tersebut, lebih baik anda buat sendiri je di rumah.

Pakai sahaja bahan-bahan yang terdapat di dapur untuk membuat air rendaman kaki cara tradisional ini. Sepastinya lebih jimat dan bau pun wangi.

Lenguh-lenguh terus hilang

Masa memula Mak bagitau petua ini, Kak Vee tak berapa nak buat sangat. Still lagi pergi berurut dekat spa dengan bayaran RM45 hingga RM60 untuk sejam. Itu pun lepas urut tak hilang juga sakit kaki. Stresskan bila sakit kaki. Tambahan lagi kalau sakit itu mencucuk cucuk dibahagian tumit. Rasa berat saja kaki nak berjalan. Nak bekerja pun jadi lemau.

Bila dalam pantang ni baru ada kesedaran nak buat. Hanya berspa di rumah. Jimat dari segi kos sebab bahan-bahan nak buat memang dah tersedia di dapur dan boleh diamalkan bila bila masa.

Tapi kesannya bergantung pada individulah, ada yang hilang sakit terus lepas sekali buat. Ada yang kena buat sampai tiga kali baru rasa betul-betul berkesan. Kak Vee lepas buat hari tu sakit kaki dan lenguh-lenguh terus hilang. Jadi ringan saja kaki nak melangkah. Itu yang Kak Vee nak share petua ni sebab betul-betul menjadi.

Bahan-bahannya

Bahan bahan yang diperlukan adalah garam, halba, serai, halia, lengkuas, daun limau purut dan daun pandan. Anda juga boleh letakkan daun mengkudu, cekur daun sireh. Sebenarnya, boleh letak daun apa saja yang ada khasiat.

Rendam kaki hingga lutu

Cara penyediaan sangat ringkas dimana anda perlu hiriskan atau ketuk bahan-bahan diatas. Kemudian rebus kesemua bahan sehingga mendidih.

Cara penggunaannya ialah ambil air rebusan (termasuk bahan-bahan) masukkan dalam baldi dan campurkan dengan air paip. Suhu ikut individu. Tapi jangan sampai melecur kulit. Kalau boleh paras air, sampai boleh rendam dari kaki hingga ke lutut. Baru puas hati.

Bau pun wangi

Ketika rendaman itu akan terasa seolah-olah kaki kita disedut. Sangat selesa dan bau pun wangi kalah bau dekat spa. Ini hanyalah penyediaan traditional, sekiranya sakit kaki itu berlarutan dan bertambah teruk segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya.

Silakan kongsi supaya gejala sakit kaki dapat dikurangkan bersama-sama. Nak cara jimat bolehlah cuba. Nak mudah pergi spa urut kat sana.

Sumber: Ruviantie Roslan

SKIP THIS AD ×