berita

Hanya Perlu ‘Flip’, ‘Flap’ dan ‘Flat’. Jom Ambil Tahu Projek CAREton 2019!

January 14th, 2019 | by Noraniza
Shout Out!

Project CAREton 2019 ini akan menyaksikan Tetra Pak® (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Nestlé MILO® UHT berkolaborasi bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai benefisiarinya yang terkini dengan komitmen baharu bagi mengitar semula 35 juta pek minuman pada tahun 2019.

Projek CAREton merancang untuk mengumpul dan mengitar semula pek minuman yang akan diproses bagi menghasilkan papan panel serta genting atap poli Aluminium (polyAl).

Pada tahun ini, bersama MBPJ sebagai benefisiari terbaharu, Projek CAREton bermatlamat untuk memperluaskan manfaat projek ini kepada komuniti tempatan di kawasan Petaling Jaya. Pek minuman yang terkumpul akan dikitar semula dan dihasilkan menjadi 1,000 papan panel polyAl yang akan dibekalkan kepada MBPJ.

Papan panel tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada struktur luar dan dalam Eco Recycling Plaza, serta kawasan rekreasi dan taman-taman komuniti yang terletak di Petaling Jaya.

Terrynz Tan, Pengarah Alam Sekitar Tetra Pak Malaysia, Singapura & Filipina berkata bahawa, trend pengitaran semula sedang mencatat peningkatan, kita masih ada ruang untuk menarik perhatian dan mendidik lebih banyak individu mengenai usaha pengitaran semula terhadap pek minuman.

“Kami telah mengusahakan inisiatif ini sejak tahun 2012, dan kebanyakan pencapaian yang digarap adalah berdasarkan usaha yang ditaburkan oleh rakan-rakan kongsi kami serta orang awam. Kami ingin menggalakkan warga Malaysia untuk terus memainkan peranan mereka dengan mengitar semula pek-pek minuman sambil mendidik orang lain tentang proses pengitaran semula yang amat mudah untuk dilakukan.

Anda hanya perlu melakukan 3F (‘flip’, ‘flap’ dan ‘flat’) – pertama sekali, masukkan straw ke dalam pek minuman; kedua, buka semua lapikan untuk meleperkan pek tersebut; akhir sekali, bungkuskannya dan letakkan ia di mana-mana lokasi pengumpulan yang disediakan oleh rakan kongsi kami,” ujar beliau.

Pengguna boleh meletakkan pek minuman mereka yang telah digunakan di mana-mana pusat koleksi CAREton – terdapat sekitar 500 pusat koleksi di seluruh Malaysia. Pihak-pihak yang berminat boleh mencari lokasi yang terdekat menerusi laman web Recycle Easy oleh Tetra Pak di http://recycle-easy.com.my. Bagi mereka yang berminat untuk menjadi rakan kongsi CAREton untuk tujuan koleksi, maklumat yang berkenaan juga boleh didapati di laman web tersebut.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×