Amir Masdi tidak terkejut dikaitkan menjalin hubungan istimewa bersama peserta Gegar Vaganza musim ke sembilan, Shila Amzah, apabila selalu kelihatan bersama.
Artikel Berkaitan: ‘Macam Pergi Perang Seorang Diri’ – Amir Masdi Janggal AJL35 Tanpa Penonton
Hanya kawan badminton
Ketika ditemui Ohbulan!, penyanyi Amir Masdi menggangap ianya perkara biasa kerana kedua-dua mereka merupakan seorang selebriti. Tambahnya, dia tidak perlu menyembunyikan apa-apa tentang hubungannya bersama Shila yang hanya sekadar rakan.
Mungkin orang ingat kami rapat sebab kami setiap minggu berkumpul bersama rakan-rakan artis lain untuk main badminton. Saya dengan Shila pun tak pernah membicarakan isu ini bersama. Walau bagaimanpun, saya rasa benda macam ni ‘normal’, sebab bila orang melihat seseorang yang di idolakan bersama, mereka ada spekulasi sama ada bercinta ke tidak.
Berikutan itu, Amir memberitahu bahawa dirinya belum dalam proses mencari teman wanita kerana ingin stabilkan kerjaya terlebih dahulu.
Amir Masdi penerima Anugerah Dekan
Sementara itu, Amir Syazwan Masdi atau Amir juga salah seorang daripada 28 orang penggiat seni di Universiti Utara Malaysia yang menerima Anugerah Dekan.
Katanya, usaha untuk memperoleh Anugerah Dekan tidak membuatkan dirinya tertekan.
Dalam setiap pembelajaran memang ada ‘struggle’, tapi pada saya ianya dapat dikawal. Saya tidaklah sampai ‘stress’ dalam menghabiskan pengajian ini.
Kata Amir di Majlis Penyampaian Anugerah Dekan yang diperolehinya sepanjang pengajian dalam Industri Kreatif dan Seni Persembahan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian bersama rakan artis yang lain di Hotel Royale Chulan, Damansara, semalam.