berita

Hanya RM1 Untuk Naik Belon Udara Panas, Karnival Jom Heboh Dapat Sambutan Meriah Pengunjung!

July 1st, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Baru-baru ini Karnival Jom Heboh telah berlangsung di Anjung Floria, Precint 4, Putrajaya. Sambutan yang diberikan sangat-sangat mengalakkan.

Pengunjung di sajikan dengan pelbagai aktiviti dan termasuklah peluang menaiki belon udara panas pada hanya RM 1. Bayangkanlah dapat realisasikan impian nak naik belon udara panas dengan harga runtuh macam ni, siapa je tak nak kan?

Bayar RM1, dah boleh naik belon udara panas!

Karnival Jom Heboh kali ni istimewa sebab ada belon udara panas. Ramai giler orang yang datang iaitu sekitar 330,000 pengunjung sepanjang dua hari Karnival Jom heboh berlangsung. Meriah betul suasana masa tu!

Ye la, bayaran yang dikenakan pun sangat murah cuma RM1 je, tetapi korang kena buat bayaran dengan mengimbas kod DuitNow QR dengan mana-mana aplikasi perbankan mudah alih atau e-Wallet.

Terhad kepada 120 pengunjung terawal setiap hari, memang dari pagi orang dah beratur korang. Kebanyakan daripada diorang datang awal sebab nak sahkan tempat untuk menaiki belon udara panas melalui pembelian kupon.

Lega sangat-sangat sebab semuanya berjalan lancar dan kedua-dua sesi menaiki belon udara panas yang diadakan sukses besar. Pengunjung pun nampak puas hati sangat.

Face painting & permainan buih dapat sambutan menggalakkan!

Selain belon udara panas, face painting dan permainan belon buih juga dapat sambutan hangat di zon DuitNow. Ramai para ibu bapa yang hadir bersama anak mereka join aktiviti ini. Macam-macam ragam pengunjung tapi lepas dah join face painting dan main buih, senyuman diorang tu tak lekang dari bibir.

Oh, bagi yang tertanya-tanya semua aktiviti ni berbayar ke? Ye… semua aktiviti ini berbayar tapi bayaran yang dikenakan cuma RM1 dan bayaran dibuat dengan mengimbas kod DuitNow QR dengan mana-mana aplikasi perbankan mudah alih atau e-Wallet.. Mudah kan?

Banyak tempat cantik untuk OOTD!

Disamping semua tarikan di atas, di karnival Jom Heboh kali ini juga kita ada banyak tempat-tempat yang menarik dan cantik-cantik untuk korang OOTD terutama sekali di area Neon photowall, LED Swing, LED Seesaw, LED Rabbit dan Crystal Lighting Balloon yang berada betul-betul di kawasan zon DuitNow.

Meriahkan sambutan Karnival Jom Heboh kali ini? Apa-apa pun, stay tuned dan jangan lupa untuk follow DuitNow Facebook page untuk pengumuman tarikh dan tempat Karnival Jom Heboh berikutnya yang bakal berlangsung pada Ogos ini di Pantai Timur! Kita kasi dua kali lebih meriah! Jumpa korang di sana nanti.

SKIP THIS AD ×