berita

Hanya RM1 Untuk Waranti Penukaran Produk 1-to-1 Di Senheng? Betul Ke?

June 8th, 2018 | by Epul
Kini Trending

“Baru beli 2-3 hari peralatan elektrik ni, dah rosak!” Siapa pernah mengalami situasi macam ni? Kalau admin, dah pergi balik kedai elektrik tu mintak ganti rugi atau tukar yang baru. Tapi dapat ke? Jangan ingat semua kedai elektrik mengamalkan polisi penukaran produk yang sama tau!

Silap-silap, peralatan elektrik korang tak dapat, kena halau keluar kedai ada lah! Tapi, kalau kat Senheng, korang tak payah risau sebab diorang bagi waranti penukaran produk 1-to-1 selama 24 bulan dengan hanya RM1! Biar betul?

Macam mana nak dapatkan tawaran ni?

Baru-baru ni, Senheng memperkenalkan kempen Replacement Warranty Day (RWD)RWD ni melayakkan korang untuk menikmati waranti 24 bulan dan penukaran produk 1-to-1 bila korang membeli peralatan perkakas kecil di Senheng pada hari ke-10 setiap bulan dan membayar extra RM1 on the spot

Maknanya, hanya tambah RM1 masa korang beli produk tu, boleh dapat jaminan penukaran produk sekiranya rosak dalam tempoh 24 bulanBest gila! Tapi, ada syarat-syaratnya tau!

  • Tawaran ini hanya sah jika pembelian dilakukan pada hari ke-10 setiap bulan
  • Produk yang dibeli mestilah dalam kategori perkakas kecil pada harga di bawah RM500
  • Layak untuk ahli PlusOne saja
  • Tawaran ini hanya boleh didapati di bilik pameran Senheng saja

via GIPHY

Haa, kalau korang menepati semua syarat-syarat di atas, jom ke Senheng pada 10 Jun ini dan bayar RM1 untuk menikmati tawaran hebat ni. Taknak ke?

Belum jadi ahli PlusOne? Jom daftar sekarang!

Hmm, rasanya dah menepati semua syarat-syarat kat atas, tapi kita bukan ahli PlusOne la… Jangan risau! Korang masih boleh datang ke Senheng dan daftar sebagai ahli PlusOne pada masa tu jugak! Tak rugi pun daftar, ada banyak manfaat dan ganjaran menanti korang!

Kalau korang tak tau, Program Kesetiaan PlusOne kali ni diberi pembaharuan dengan lebih eco-friendly. Program keahlian tanpa kad ni membolehkan korang menyemak butiran dan maklumat lanjut seluruh bilik pameran Senheng di laman web mahupun aplikasi SenhengCool kan?

Selain tu, banyak ganjaran dan manfaat yang korang akan dapat bila daftar sebagai ahli PlusOne ni tau! Antaranya, korang akan dapat tempoh waranti tambahan, servis penghantaran percuma, baucar hari jadi, harga ahli istimewa, jemputan istimewa ke majlis tertentu, potongan 30% caj buruh dan baaanyak lagi!

Tunggu apa lagi? Jom ke mana-mana cawangan Senheng pada 10 Jun ini untuk nikmati tawaran Replacement Warranty Day! Untuk maklumat lanjut, layari laman web Senheng. Jangan gusar lagi kalau peralatan elektrik korang rosak!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×