berita

Hanya Scan QR Code Je! Tak Perlu Repeatedly Isi Maklumat Peribadi Dengan e-Jejak

September 24th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Dah menjadi norma baharu bagi kita untuk mengenakan pelitup muka ketika berada di kawasan awam terutamanya  pusat beli-belah, kedai makan, stesen bas, stesen MRT dan stesen LRT.

Bukan itu saja, kita juga diharuskan untuk mengambil suhu dan mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera sebelum memulakan perjalanan atau memasuki mana-mana premis jualan termasuklah kedai makan. Leceh kan? Tapi, itulah yang terbaik untuk kita dalam usaha melawan penyebaran wabak Covid-19 daripada berlaku.

e-JEJAK link terus Dengan Aplikasi My Sejahtera! Mudah & Senang guna.

Sekarang ni kita dah aplikasi baharu e-JEJAK, bagi korang yang tak tahu apa itu e-JEJAK, meh admin story sikit. e-JEJAK adalah satu aplikasi yang telah di link terus kepada aplikasi My Sejahtera. Yang bestnya dengan e-JEJAK, korang cuma tinggal scan QR kod je setelah korang daftar masuk aplikasi ini.

Lepas tu bila pergi mana-mana korang dah tak perlu lagi nak keep isi maklumat peribadi every time korang scan QR kod. Mudahkan?

Boleh add in dependants, senang nak check-in dengan anak & pasangan

Menariknya dengan e-JEJAK, proses nak check-in besama-sama anak dan pasangan jadi lebih mudah. Tak perlu ramai-ramai nak scan QR kod, cukup la korang atau pasangan korang yang scan QR kod. Best kan?

Yang penting korang kena masukkan butiran maklumat anak dan pasangan korang dalam akaun korang tu.

Mudah untuk premis perniagaan & untuk pelanggan!

Dengan e-JEJAK, korang cuma perlu key-in maklumat diri sekali saja dan bila korang pergi mana-mana, tinggal masukkan suhu saja. Kan lebih mudah dan pantas! Tak perlu lagi nak isi maklumat diri berpuluh malahan beratus kali.

Bagi korang yang kurang clear dan rasa masih blur mengenai penggunaan aplikasi e-JEJAK, korang boleh usha video ni.

Ha! Senangkan? Aplikasi e-JEJAK ni memang best. Ianya akan memudahkan urusan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan premis perniagaan.

Jangan bimbang, data & maklumat korang dilindungi

Bagi korang yang bimbang data dan maklumat diri korang mungkin tersebar, jangan risau! Dengan e-JEJAKkorang dah boleh bernafas dengan lega sebab mereka memang bagi jaminan yang maklumat diri korang akan dilindungi. Bahkan e-JEJAK ada 4 pilihan bahasa bagi memudahkan korang key-in data bagi kali pertama log-in.

Dalam diam e-JEJAK  tawar pengiklanan secara percuma

Dengan adanya e-JEJAK premis perniagaan boleh muat naik gambar atau imej produk perniagaan. Siap, boleh promote barang yang diorang jual. Free marketing dan advertising la katakan. Jadi, lebih kondusif la kalau guna e-JEJAK.

Tambahan puyla, dalam masa yang sama e-JEJAK akan jana laporan analisis data harian mengenai jumlah pelanggan dan maklumat diorang. Maka, mudahlah untuk pemilik premis memantau jumlah kunjungan pelanggan ke premis perniagaan milik mereka.

Lagipun e-JEJAK ni powered by X-Paysyarikat teknologi terkemuka, tau. Korang nak tahu lebih lanjut mengenai X-Pay, klik je sini <<< X-Pay>>>

Nak dapatkan e-JEJAK? Korang klik je link di bawah dan dah boleh terus mendaftar.

Website: e-JEJAK

Facebook: Total Group

SKIP THIS AD ×