Tak dapat dibayangkan betapa sedihnya hati seorang wanita ini apabila ayah kandung tercinta disahkan meninggal dunia di hari perkahwinannya.
‘Dari kenduri kahwin ke kenduri tahlil’
Kisah menyayat hati itu dikongsikan di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali Chafieqah Photographer. Menurut Chafieqah, arwah yang merupakan bapa kepada pengantin perempuan dikatakan hanya sempat menghadirkan diri ke pejabat agama sebelum dia pulang ke rumah dalam keadaan yang lemah. Namun siapa sangka, tidak sempat meraikan majlis perkahwinan si anak, si bapa telah menghembuskan nafas terakhirnya.
Hari ini (semalam) kita dikejutkan dengan pemergian ayah pengantin perempuan. Dari kenduri kahwin ke kenduri tahlil.
Majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut dengan bahagia akhirnya bertukar menjadi momen yang sangat sedih. Bercerita dengan lebih lanjut, Chafieqah memaklumkan, pengantin perempuan juga tidak sempat bergambar di atas pelamin semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Gambar atas pelamin satu pun tak ada. Lepas balik dari pejabat agama arwah memang tak larat sangat-sangat dah.
Ambulans datang rumah
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan sebuah ambulans bersama beberapa pegawai kesihatan yang lengkap memakai Personal Protective Equipment (PPE) memasuki kawasan perumahan pengantin untuk memeriksa keadaan arwah. Di luar rumah kelihatan beberapa individu yang dipercayai merupakan ahli keluarga arwah tidak dapat menahan sebak selepas menerima berita yang mengejutkan itu.
Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 500k tontonan dan kebanyakan netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka mengucapkan salam takziah serta mendoakan agar keluarga arwah diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi ujian ini.
Sumber: Chafieqah Photographer