berita

‘Hanya Taip *** Keluar Benda Lucah’ – Guru Dedah Pelajar Tahun Satu Buat Aksi Lucah Dalam Kelas

December 14th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Isu melibatkan masalah seksual dalam kalangan masyarakat di negara kini dilihat semakin meruncing bahkan ia juga dilihat sudah semakin merebak dalam kalangan anak-anak kecil di sekolah.

Itulah hakikat yang perlu diterima dan dikongsikan sendiri oleh seorang guru yang juga merupakan pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Artikel Berkaitan: PBT Roboh Papan Iklan Lucah Selepas Viral Di Media Sosial. Yang Peliknya, Macam Mana Boleh Lulus?

Murid tahun 1 buat aksi lucah

Menerusi hantaran di Facebook, Akhi Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Bin Abu berkongsi satu aduan yang diterimanya dipercayai daripada seorang guru mengatakan bahawa seorang pelajar tahun satu di sekolahnya melakukan aksi lucah di dalam kelas.

Menurut guru tersebut, dia sangat pelik dengan tindakan seorang pelajar yang masih mentah. Katanya, dia meminta kanak-kanak itu membuka carian di YouTube yang sering ditonton.

Di sekolah saya ada murid tahun 1, selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya pelik sungguh, siap senyum-senyum lagi. Sekali saya bagi phone dan minta dia search apa yang dia tonton di Youtube.

Saya istighfar panjang! Hanya dengan taip *** terus keluar benda lucah. Walhal, majoriti murid dalam kelas saya ini membaca dan mengeja pun tak tahu.

Di akhir hantarannya itu, Fairuz menitipkan nasihat buat semua ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memerhatikan tindak tanduk anak mereka sewaktu di rumah.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mengambil maklum mengenai isu yang membimbangkan ini.

Menurut Fahmi, pihaknya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berbincang dengan pihak Google bagi membantu menyelesaikan perkara tersebut.

This is ridiculous. Saya & MCMC akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini.

Insya-Allah pertemuan minggu depan.

Posting Fahmi Fadzil

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×