berita

Hanya Tiga Pasangan Mara Ke Final Famili Duo, Shila & Syahir Amzah Antara Yang Tersingkir

November 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Konsert separuh akhir Famili Duo musim 3 yang baru sahaja melabuhkan tirainya sebentar tadi menunjukkan tiga pasangan duo tersingkir selepas mendapat jumlah markah terendah.

Artikel Berkaitan: Penerbit Eksekutif Perjelas Sebab Hanya Tiga Duo Ke Final Famili Duo 3 – ‘Kami Pilih Berdasarkan Duo Yang Pernah Menang Juara Mingguan’

Tiga pasangan ke peringkat akhir

Tiga pasangan duo yang berjaya mara ke peringkat akhir program realiti Famili Duo pada Ahad depan adalah pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful Zero (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), serta Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik).

Kesemua pasangan itu berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir selepas meraih jumlah kutipan markah tertinggi pada minggu separuh akhir yang bertemakan Dance & Hip Hop.

Pasangan Sharif dan Syaiful, mendahului tempat pertama markah keseluruhan manakala Haqiem Rusli dan Ariff Bahran di kedudukan kedua dan tempat ketiga menjadi milik Adira dan Emma Suhaimi.

Tiga pasangan duo dengan jumlah markah terendah pula adalah pasangan suami isteri Fuad Rahman dan Tom pasangan adik-beradik Ryan dan Adam Bakery dan satu lagi pasangan adik-beradik iaitu Shila dan Syahir Amzah.

Markah yang dikumpul mereka itu sekali gus menyaksikan kedua-dua pasangan itu terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke peringkat akhir.

Sementara itu, Adira dan Emma yang membawa lagu ‘Side to Side’ dan ‘Ha Tepok’ diumumkan sebagai juara mingguan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Saingan peringkat akhir akan bersiaran secara langsung di TV3 pada Ahad depan bermula jam 9 malam dengan menawarkan hadiah utama bernilai RM100,000.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×