berita

‘Happy Birthday’ – Beri Ucapan Birthday Di Twitter, Sufian Suhaimi Belum Move On?

March 9th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Pertengahan Februari lalu, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi dilaporkan sudah putus setelah 4 bulan bertunang. Pelbagai respon yang diterima daripada umum, ada yang terkejut dan menasihati supaya mengambil iktibar daripada apa yang sudah berlaku. Di Instagram, dapat kita lihat mereka berdua tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

Sufian Suhaimi pula tampil dengan single baru ‘Di Matamu’ yang sudah mencapai 4 juta tontonan di Youtube. Terbaru, bersempena dengan hari lahir Elfira semalam Sufian ada memuat naik ucapan ‘Happy Birthday’ di Twitter. Ala sedihnya!

Hari jadi Elfira yang ke 24

Semalam merupakan ulang tahun kelahiran Elfira Loy yang ke-24. Elfira dan adiknya kini khabarnya berada di Hong Kong dan ulang tahunnya disambut bersama team Caudalie di sana.

Happy birthday

Di Twitter, Sufian Suhaimi juga tidak ketinggalan meninggalkan ucapan ‘Happy Birthday’ namun tidak dinyatakan kepada siapa. Di ruangan komen ramai yang beranggapan ucapan itu ditujukan kepada bekas tunangnya, Elfira Loy.

Kata-kata semangat daripada netizen

Sumber : Twitter Sufian Suhaimi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×