
Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka pada Isnin.
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Nyanyi OST Suri Hati Mr. Pilot, 10 Tahun Kemudian Fattah Amin Jadi Abang Ipar’ – Irfan Haris
First anniversary
Bersempena hari istimewa itu, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, menitipkan ucapan buat isteri tercinta menerusi satu hantaran di Instagram.
Happy first anniversary, sayang. Terima kasih untuk segalanya yang kita lalui bersama setahun ini dan Insya-Allah tahun-tahun akan datang. Especially for bringing Jarir. Alhamdulillah hadiah yang paling bermakna untuk kita.
Pasangan itu meraikan ulang tahun perkahwinan mereka di majlis ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-36.
Fattah juga menghadiahkan sejambak bunga kepada Amira sebagai tanda kasih sayang.
Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Jarir Umar.
Sumber: Instagram