
Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa mencuri perhatian apabila tampil dengan inisiatif berkongsi rezeki dengan mengagihkan sebanyak 500 bungkus ayam gepuk secara percuma kepada orang ramai.
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa, Aireena Sah Bercerai Talak Satu
Ayam gepuk free!

Menerusi hantaran di TikTok, Haqiem atau nama penuhnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, memaklumkan agihan tersebut akan dilakukan pada malam Jumaat.
Hari Jumaat bersamaan 16 Januari 2026, jam 8 malam akan ada 500 bungkus ayam gepuk percuma. Nanti saya akan kemas kini lokasi dan maklumat lanjut.
Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Rata-rata memuji niat Haqiem untuk bersedekah dan berkongsi rezeki, malah ada yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Tidak kurang juga yang menganggap langkah tersebut sebagai usaha positif Haqiem untuk memulakan fasa baharu dalam hidupnya selepas sah bercerai dengan bekas isteri.
Terdahulu, pada Selasa lalu, Haqiem sah bercerai talak satu dengan isterinya, Airenna Sofia atau lebih dikenali sebagai Jane di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Untuk rekod, Haqiem dan Jane mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud yang kini berusia empat bulan.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
