Selepas Haneesya Hanee, dua lagi finalis iaitu Faizni Fazreen dan Erni Nurshahira tampil memohon maaf berhubung isu panas berhibur di kelab malam. Selain kemenangan ditarik, pengurusan Remaja turut melarang mereka daripada menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ di masa depan.
Artikel berkaitan : Kontroversi Video Kelab Malam, Erni Mohon Maaf & Ini Pesannya Kepada ‘Pengkhianat’
Menerusi perkongsian Remaja, Fazreen dan Erni tampil menjelaskan isu dan memohon maaf secara terbuka kepada media.
Penjelasan Fazreen dan Erni
Ernisha yang hadir bersama Fazreen mengakui kesalahan dan meminta maaf kerana telah melanggar kontrak Dewi Remaja 2018/2019.
Di sini saya ingin memohon maaf kerana saya akui perbuatan melanggar kontrak itu adalah kesalahan saya. Saya berharap dengan pengakuan ini, isu ini tidak akan dipanjangkan.
Kami pun tidak mahu fikirkan mengenai apa-apa pertuduhan yang saya muat naik sebelum ini. Past is past, saya hanya ingin fikir secara positif. Mungkin ada hikmah kejadian ini berlaku.
Ernisha berkata lagi, dia hanya mahu berfikir positif dan menganggap ada hikmah di atas apa yang berlaku.
Mengaku salah dan mohon maaf
Saya memohon maaf, saya tahu ia kesalahan saya dan ia boleh menjejaskan nama saya serta syarikat. Saya berharap perkara yang lepas itu tidak lagi dikenang, dan semoga selepas ini hanya perjalanan karier saya yang diperkatakan.
Manakala Fazreen pula mengakui tindakan mereka telah menjejaskan nama baik syarikat, oleh itu dia tampil memohon maaf.
Harap bakat kami masih diterima
Mengenai perancangan masa depan, Erni memberitahu mahu memperbaiki diri manakala Fazreen pula cuba untuk moving forward dan meninggalkan perkara keruh yang berlaku. dia mahu membaiki diri sendiri dan akan menyerta
Saya ingin gunakan waktu terdekat ini untuk memperbaiki diri sendiri dari dalaman. InsyaAllah hanya kemudian, saya akan menyertai kelas lakonan untuk memantapkan skil lakonan.
Segala kelemahan yang akan cuba saya atasi. Mana yang jernih itu kita bawa ke depan, yang keruh itu kita tinggalkan. Dari segi karier itu, ada tawaran yang datang tetapi saya perlukan masa dulu untuk fokus untuk diri sendiri. But not too long.
Kepada followers kami berdua, masih ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan kami. Untuk itu, kami berterima kasih. Diharap kalian semua masih boleh menerima bakat kami di dalam industri ini.
Kami belajar daripada kesilapan ini, sama juga seperti kita yang pernah melakukan kesalahan sebelum ini. Bagi yang mengecam, kami ambil jalan untuk tidak menghantar reply kepada mereka.
Mereka juga berharap agar penyokong masih menerima penglibatan dan bakat yang ada dalam industri seni. Mereka seikhlasnya mengakui kesilapan dan memohon maaf.
Sumber : Remaja