berita

‘Harap Dia Hargai Peluang Kedua Ini’ – Rumah Tangga Nadya Syahera Semakin Pulih

July 4th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Kemelut kontroversi rumah tangga pelakon drama Serelah Terlafaznya Akad, Nadya Syahera yang mendakwa rumah tangganya berantakkan gara-gara orang ketiga akhirnya mencapai jalan penyelesaian.

Menerusi Harian Metro, dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya iaitu Fizul Nawi dan sedang berusaha untuk membaik pulih hubungan sebagai suami isteri.

Cuba perbaiki diri

Rumah tangga mereka bergolak gara-gara dia mendedahkan kecurangan suaminya itu. Namun begitu dia masih duduk sebumbung dengan suaminya dan masih dalam proses memperbaiki diri masing-masing.

Kami masih suami isteri dan tinggal bersama. Sekarang, kami dalam proses nak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Walaupun suami masih berulang-alik antara Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja, tapi kami ambil ruang untuk selesaikan.

Kalau ada salah, saya cuba perbaiki diri. Macam suami pun, dia semakin faham apa yang dibuat itu adalah salah dan tidak sepatutnya. Pendek kata, dia tahu kesalahan yang dibuat.

Disebabkan itu, saya memberinya peluang kedua untuk dia membetulkan keadaan. Harap dia hargai peluang ini. Jika sebaliknya, tak tahu nak cakap apa lagi.

Siapa yang inginkan penceraian

Dia turut berkata bahawa dia akan memperbaiki dan mempertahankan hubungan rumah tangga yang telah dibina sejak tahun 2015 dengan sebaik mungkin. Dia tidak mahu penceraian menjadi jalan penyelesaian.

Kalau boleh tidak mahu bercerai. Siapa yang inginkan perceraian. Malah, saya akan cuba sehabis baik untuk pertahankan perkahwinan ini. Namun, jika usaha ini gagal dan tidak menemui jalan penyelesaian, saya reda.

Dalam masa sama, kedua belah keluarga sentiasa memberikan nasihat. Mereka mahu kami selesaikan cara baik. Paling penting kata mereka adalah komunikasi.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×