berita

Harga Barang Mur-Mur Serendah Rm2.10, Ninso Buka Lagi Cawangan Baru Di Kajang

February 28th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Ala, tisu dah habis la pulak!

Barang keperluan rumah hampir habis? Maknanya dah sampai la masa untuk berbelanja. Korang nak berbelanja kat kedai yang banyak pilihan dengan harga termurah tak? Kalau macam tu, baik korang pergi Ninso. Harga barang RM2.10 je guys!

Masih belum tahu Ninso ni kedai apa? Ninso adalah sebuah kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan dengan harga RM2.10 je. Satu bakul pun tak sampai RM50 okay. Tapi korang dah tahu berita terbaru tentang Ninso?

Ninso buka lagi cawangan baru di Kajang, jom guys!

Siapa kat sini tinggal di kawasan Selangor? Cuba angkat tangan sikit. Korang mesti suka dengan berita yang kami nak bagitahu ni. Ninso tambah lagi cawangan kat Selangor. Cawangan baru Ninso akan dibuka secara rasmi di Kajang pada 28 Februari 2020. Wow..

Ninso ni asal nampak depan mata je, mesti nak singgah. Sebenarnya dah banyak cawangan Ninso yang dibuka tau. Ramai yang suka berbelanja kat sini. Bukan sebab harga dia Rm2.10 tu je. Ada sebab lain jugak. Nak tahu apa sebabnya?

Ruang kedai yang sangat luas, bersih pulak tu

Korang tak suka berbelanja di kedai dengan ruang yang sempit? Tak payah risau. Ninso terkenal dengan ruang kedainya yang cukup luas. Korang nak pilih barang pun selesa. Paling penting, tak rimas. Boleh pusing sampai puas!

Cuba tengok ni. Korang akan kagum bila berbelanja di Ninso. Kemas dan selesa kan? Kalau korang nak tahu, Ninso sangat pentingkan kebersihan di dalam kedai. Patut la orang asyik repeat datang berbelanja kat sini.

Banyak pilihan barang sampai rambang mata oi

Dah nama pun kedai serbaneka, memang banyak pilihan la. Korang boleh dapatkan pelbagai barangan keperluan seperti barangan rumah, aksesori, alat solek, permainan, makanan dan lain-lain kat Ninso. Mak-mak mesti suka ni.

Barangan berkualiti yang tersusun rapi

Walaupun Ninso ni luas dan banyak pilihan, barangan di sini tersusun begitu rapi mengikut bahagian masing-masing. Korang nak cari barang pun senang.

Dengan taglineCukup Murah Hanya RM2.10“, Ninso sentiasa memastikan kualiti barangan setanding dengan harga. Paling best, korang tak perlu risau dengan tarikh luput sebab semua barangan kat sini adalah baru. Kualiti pun terjamin.

Tingkat atas ada toys department untuk kanak-kanak

Nak cari mainan untuk si kecil? Tingkat atas Ninso di Kajang ada toys department untuk kanak-kanak. Macam-macam jenis mainan ada kat sini. Comel dan menarik! Bawak la anak korang datang sini nanti. Diorang mesti happy punya la.

Nak hadiah percuma daripada Ninso? LIKE & SHARE di Facebook je!

Sempena pembukaan cawangan baru Ninso di Kajang, Ninso nak bagi hadiah percuma kat korang iaitu minuman Calpis Kurma dan buku ABC. Cara nak dapatkannya pun kacang goreng sangat. Korang hanya perlu LIKE & SHARE Facebook Page Ninso WM. Senang kan?

Selain tu, kalau korang berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas, korang akan dapat sebotol F&N LYCHEE. Kalau korang berbelanja sebanyak RM30 dan ke atas pulak, korang akan dapat 1 token untuk main Doll Machine. Seronoknya!

*tertakluk pada terma dan syarat

Macam mana rupa cawangan Ninso yang baru di Kajang? Kalau nak tahu, kena la datang ya. Ninso beroperasi jam 10 pagi hingga 10 malam. Ajak la satu keluarga berbelanja kat sini. Jangan lupa bagitahu kawan korang yang suka kedai macam ni. Serius puas hati.

Nak info lebih lanjut tentang Ninso? Klik mana-mana link di bawah.

Facebook: Ninso WM

Intagram: @ninsowm

Sekian, selamat berbelanja sakan di Ninso!