berita

Harga Mampu Milik, Bantuan RM30,000! Yang Mencari Rumah Pertama di KL, Ini Untuk Korang!

February 26th, 2018 | by Nurul
Shout Out!

Impian setiap orang mestilah nak ada rumah sendiri. Yelah, masa ni lah nak belajar berdikari. Tapi harga rumah kat KL ni..korang paham-paham jelah sendiri.

Haa..jangan risau, dengan Skim Perumahan Mampu Milik Swasta ataupun MyHome dari Jabatan Perumahan Negara (JPN), korang boleh dapatkan bantuan RM30,000 secara percuma dari kerajaan tau! tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.  

Projek perumahan Skim MyHome di Kuala Lumpur ini adalah Impiana Sky Residensi yang terletak dekat dengan Shopping Mall Pavillion Bukit Jalil. Nak tahu lebih lagi ? Jom baca ni sampai habis…

Apa yang best sangat tentang Impiana Sky Residensi ni?

Untuk pengetahuan korang, Impiana Sky Residensi ni ialah kediaman 3 bilik yang dilengkapi 2 bilik mandi dan berkeluasan 850kps. Memang kediaman yang tepat untuk korang sekeluarga kerana ia juga disertakan dengan pelbagai kemudahan berikut:

  • 24 jam sekuriti
  • gimnasium
  • surau
  • kawasan rekreasi
  • tadika/nurseri
  • dewan serbaguna
  • kawasan tempat kereta berbumbung
  • CCTV

Kalau nak beli rumah, first thing yang kita fikir mesti tentang lokasinya kan? Chill.. Impiana Sky Residensi ni terletak di The Earth Bukit Jalil. Jadi, lokasinya memang strategik, happening dan terletak di kawasan yang membangun.

Bukan itu je, terdapat juga kemudahan insfrastruktur seperti sekolah, hospital, balai polis, masjid, stesen LRT MyRapid dan pusat membeli belah iaitu Pavilion 2 yang dijangka siap pada 2020.

Akses Highway? Dekat je dengan Lebuhraya PLUS, Lebuhraya Bukit Jalil, MRR2, Lebuhraya KESAS, Lebuhraya MEX dan LDP. Memang lepas ni makin mudahlah perjalanan korang!

Kawasan elit, bantuan RM30,000 & tiada down payment! Biar betul?!

Harga seunit Impiana Sky Residensi ini hanyalah RM300,000! Tapi, dengan insentif sebanyak RM30,000 dari kerajaan, harga seunit dah jatuh RM270,000! Paling best, TIADA DEPOSIT!

Jadi, korang tak payah pening-pening nak kumpul duit untuk bayar deposit. Yeay!

Tapi, sebelum tu, make sure korang masih belum membeli rumah tau sebab skim ini hanyalah tertakluk kepada pembelian rumah pertama bagi yang layak sahaja!

Berminat nak beli? Macam ni caranya..

Bagi korang yang berminat untuk dapatkan seunit rumah di Impiana Sky Residensi ni, admin galakkan korang untuk pergi sendiri ke pejabat WZR Property dan dengar penjelasan yang lebih lanjut tentang langkah-langkah nak buat pembelian.

Di sana nanti, korang akan diberikan penerangan yang terperinci tentang cara-cara memohon melalui Skim MyHome ni. Diorang juga akan guide secara detail serta bantu korang dari awal hingga akhir proses permohonan dan pembelian. Sangat helpful! 

Selain itu, korang juga boleh membuat Permohonan Pembelian Kediaman Skim MyHome secara online di https://sprn.kpkt.gov.my. Dekat website tu, korang boleh lihat syarat, kelayakan permohonan serta pelbagai informasi tentang Skim MyHome ni.

Jadi, apa tunggu lagi! Cepat grab peluang keemasan ni guys! Nanti lambat, melepas!

WZR PROPERTY

Pejabat Jualan: Wealth Plateau Sdn Bhd (WZR Group)

No. 24A, Jalan BK5A/2A,

Bandar Kinrara,

47180, Puchong, Selangor.

03-8070 9496 (Hotline) | 6012 523 9598 (Whatsapp available)

Email[email protected] | [email protected]

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat : 9.30am – 4.30pm

Sabtu : 9.00am – 12.45pm

Laman web SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME): https://sprn.kpkt.gov.my.

THE EARTH BUKIT JALIL : http://www.theearthbukitjalil.com/

FACEBOOKhttps://www.facebook.com/impianaskyresidensi/

Hotline : 03-8070 9496

SKIP THIS AD ×