
Pelakon Sweet Qismina menegaskan bayaran atau nilai dirinya dalam industri tetap tidak berubah meskipun berjaya menjulang dua trofi dalam majlis pengiktirafan perfileman peringkat nasional dan antarabangsa.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Belum Terfikir Jalani Rawatan IVF – ‘Saya Masih Muda, Baru Dalam Rumah Tangga’
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Tak Sangka Menang Pelakon Wanita Terbaik FFM34 – ‘Ini Adalah Trofi & Watak Besar Pertama Untuk Saya’
‘Bayaran masih maintain’

Ketika ditemui OhBulan!, Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 28, menganggap anugerah yang diterima sebagai penghargaan atas usaha sebagai anak seni dan sekaligus menjadi pemangkin semangat untuk terus memperbaiki diri.
Bayaran masih maintain. Saya masih yang sama. Anugerah itu adalah penghargaan untuk diri saya. Saya akan tingkatkan diri saya tapi harga apa semua tak ada. Masih sama. Tak ada yang berubah.
Sweet berkata demikian ketika ditemui pada majlis HOHO Hype Up Anugerah Bintang Popular ke -37 (ABP37), pada Ahad.
Sementara itu, ditanya sama ada akan lebih selektif, isteri kepada aktor Adam Lee ini menjelaskan bahawa dia terbuka untuk mencuba watak baru selagi cerita itu mempunyai potensi dan membolehkan dirinya meneroka pelbagai karakter.
Kalau ikutkan daripada dulu lagi saya selektif tapi bukanlah terlalu memilih. Kalau cerita itu ada potensi dan saya boleh teroka karakter, saya akan cuba.
Tapi alhamdulillah yang ditawarkan itu adalah watak-watak yang saya belum cuba. Jadi, saya harap selepas ini mereka akan bagi lagi watak-watak yang best untuk saya.
Sebelum ini, Sweet juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM34 menerusi filem Babah.
Pada 15 November lalu, Sweet sekali lagi diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem dan Anugerah Antarabangsa ASEAN (AIFFA 2025) menewaskan Hong Dao (Vietnam), Imelda Budiman dan Zulfa Maharani (Indonesia), serta Katrina Halili (Filipina).








