berita

Hari-Hari Balik Keja Rasa Kosong Dan Letih Je… Mesti Rumah Korang Tak de Ni!

November 28th, 2018 | by Intan Mahsuri
Make-It-Senang

Hai la dinding, awat la hang ni kosong! Sama la hang dengan aku, sama-sama membosankan!

Bunyi macam pelik? Tapi inilah monolog yang sering terjadi bila kita balik rumah.Ye la! Tengok tv, rancangan yang sama, ulang banyak kali, nak makan, peti ais tak de apa, tengok dinding, dinding kosong. Ceh! Membosankan sungguh hidup korang. Sama la macam admin jugak! Sedih…

Haishhh! Kita kena ubah cara kita berfikir ni, nanti baru minda kita jadi lebih positif  kan? Tapi untuk dinding rumah yang kosong tu, kita nak buat apa erk? Letak wall arts la. Ala yang harga bajet tu….

Kenapa wall arts jadi Pilihan?

Jangan konfius tau, wall arts yang admin maksudkan ni ialah lukisan atau printing material yang kita gantung dekat rumah tu. Confirm, korang tak tahu apa kebaikan letak wall arts dekat dinding kan? Jadi admin nak share dengan korang 7 kebaikan hias rumah dengan wall arts! Walau tak mewah, tapi nice dan cukup sederhana!

1. Berikan postif vibe! Enriching life gitu!

Admin yakin korang dah rasai situasi ni. Balik rumah, masuk bilik dan baring. Lepas tu tengok dinding kosong, kita pun rasa kosong, rasa sunyi.

Tak bestnya rasa tu! Sebab tu la perlunya wall arts sebagai penyeri rumah korang. Tak la korang rasa kehidupan korang tu dull sangat! Lagipun kalau korang letak wall arts yang membina, pasti korang akan termotivasi bila baca. Bukan apa, kadang kita pun perlukan sesuatu as catalyst to boost kehidupan kita untuk jadi lebih baik kan?

2. Wall arts adalah pilihan terbaik untuk penyewa!

Bagi korang yang menyewa tapi still nak hias rumah, wall arts memang pilihan yang tepat!  Harga murah lepas tu tinggal gantung je. Ye la, Dah nama pun rumah sewa mana boleh nak ubah suai suka hati je, nanti kena pelangkong pulak kita dengan tuan rumah.

3. Wall arts jadikan rumah sebagai kediaman!

Jangan tak tahu, dengan adanya wallarts suasana rumah akan jadi lebih selesa. Korang akan rasa lebih excited nak balik dan berehat. Susah admin nak gambarkan perasaan tu, tapi admin tahu korang faham apa beza rumah yang kosong dan sepi  dengan rumah yang ada sedikit sentuhan lembut tidak berlebihan, tapi kena dengan jiwa korang.

Inilah yang kita katakan, home sweet home! Perasaan yang tak tergambarkan tentang selesanya sebuah kediaman.

4. Bantu minda relaks dari kesibukan harian!

Tambahan pulak, sekarang kita semua makin busy bekerja. Kita dah tak banyak masa nak hias rumah. Terkadang bila balik kita bawa masalah kerja, masalah dengan kawan ke rumah! Memang tak habis stress tu…

Sebab tu dengan adanya sentuhan wall arts yang lembut pada dinding rumah korang ianya sedikit sebanyak membantu menenangkan fikiran. Kalau dah semak perasaan, jangan kata la, kerja nak marah ja!

Jadi dengan adanya wall arts yang lembut sedikit sebanyak kelelahan dan beban yang kita tanggung tu jadi ringan. Nampak kecik je peranan wallarts, Tapi besar impaknya kan?

5. Jadi sumber ilham dan pemula perbualan!

Bagi korang yang cepat tepu tapi nak hias rumah, wallarts wajib ada dekat dinding rumah korang. Kalau boleh pilih yang ada kata-kata semangat atau mungkin sentuhan lucu dengan dialog-dialog lawak! Bukan apa, wall arts yang baik, mampu merangsang pemikiran kita.

Ianya bantu bangkitkan sesuatu idea dalam kepala otak kita. Jangan pelik kalau tetiba korang terasa nak melukis sebab tengok wall arts pada dinding korang. Ini normal tau! Terinspirasi adalah perkara yang baik!

Lagi satu kalau wall arts yang korang pilih tu unik, percayalah bila jiran atau kaum keluarga datang diorang mesti akan puji korang. Bahkan, ianya mungkin akan jadi salah satu topik perbualan yang awesome. Tak percaya letak dulu satu dekat rumah! Nanti korang tengok sendiri hasilnya!

6. Hias dinding korang tanpa perlu ubah suai!

Bila bab nak hias rumah! Satu je terlintas dalam kepala… Bab modal, terus rasa nak demam. Sebab tu kalau nak jimat, korang boleh guna wall arts sebagai satu alternatif. Bukan sahaja jimat bahkan korang boleh eksperimen dengan look yang korang nak untuk rumah korang.

Tak gaduh dah nak letak plaster dekat rumah, letak marmar atau kertas dinding. Renyah ja. modal pun besar kan? Wall arts kan ada! Opsyen yang hebat, betul tak?

7. Sokong artis tempatan!

last but not least okay, beli wall arts adalah salah satu usaha untuk sokong artis tempatan kita. Admin bukan maksud kan artis hiburan pelakon dan penyanyi, sebaliknya diorang ialah pelukis jalanan, pemotret dan juru gambar bebas yang melukis dan mengambil gambar dari serata dunia.

Eh, kenapa plak beli wall arts support artis tempatan? Apa kena mengena diorang dengan wall arts? Sebenarnya wall arts yang Peekarts.com jual adalah ekslusif hasil tangan artis tempatan negara kita. Mereka datang dari pelbagai latar belakang dengan design-design wall arts yang menarik! Paling best, harga mampu milik…

Peekarts.com jual wall arts mampu milik!

Admin cadangkan korang gunakan wall arts untuk naikkan seri rumah. Jangan biar kosong je dinding rumah tu. Letak je sekeping gambar yang cantik, mesti berubah terus dinding yang kosong tu. Jangan risau sebenarnya wall arts jenis gambar ni, tak banyak guna modal pun. Korang boleh usha dekat peekarts.com

Kenapa admin recommend peekarts.com? Pertama sebab diorang sokong artis tempatan kita. Bukan senang ye diorang nak hasilkan design-design unik  untuk korang. Ambik banyak masa! Antara pilihan yang ada termasuk painting, drawing, digital art, photography, textual art dan mixed media.

Harga pun murah! Paling best corak yang ada ni, bukan lah mass production tapi hanya akan di print setelah korang buat tempahan. Kira eksklusif gitu la!

Dekat peekarts.com korang boleh print menggunakan tiga jenis material iaitu aluminium, akrilik dan juga canvas. Yang canvas dengan akrilik ni admin rasa korang dah tahu macam mana rupanya. Tapi yang aluminium ni sangat la cantik! Unik sebab tekstur yang ada pada aluminium itu sendiri. Berkilat tapi tak menyilaukan mata, Memang nice.

Nak jadikan hadiah pun boleh!

Bukan takat boleh hias rumah je, wall arts dari peekarts.com juga korang boleh jadikan sebagai hadiah. Nak-nak sekarang tengah banyak kenduri. Haa..boleh la buat jadi hadiah kahwin kan. Dah tak payah pening kepala nak fikir. Cuba tengok video kat bawah ni..

Kalau korang nak hadiah kan pada ahli keluarga, rakan sekerja dan bos korang pun boleh. Tak ada masalah. Tapi make sure pilih corak yang awesome tau. Baru la bos tu tersenyum happy. Untuk maklumat lanjut korang boleh try usha dua link dekat bawah ye. Admin harap post kali ni membantu korang. Adios amigos!

Website: Peekarts.com

Facebook: Peekarts.com

SKIP THIS AD ×