berita

Hari Ini Hari Terakhir Penyampai Berita Sukan TV3, Abu Bakar Atan Bersiaran Di TV3

December 29th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Figura Abu Bakar Atan, satu nama yang tidak asing dalam industri penyiaran sukan. Gayanya yang ‘bersahaja’ ketika menyampaikan berita sukan berjaya memikat hati penonton menerusi kelunakan suaranya.

Namun, seperti perkongsian seorang wartawan Media Prima Berhad, dikenali sebagai, Hazreen Mubarak,menceritakan hari ini, 29 Disember 2020, menjadi hari terakhir beliau berkhidmat bersama Tv3.

Hari terakhir di TV3

Menerusi tweet tersebut,  Hazreen menceritakan Abu Bakar Atan tidak lagi bersiaran menerusi segmen sukan di TV3 selepas ini. Hal ini disebabkan, beliau telah mendapat tawaran yang lebih baik daripada satu syarikat penyiaran terkemuka. Menerusi ruangan balas rata-rata warganet turut merasai kesedihan kehilangan ‘lagenda’ penyampai berita sukan TV3 yang sudah sinonim.

Tidak berakhir di situ, netizen sempat berteka-teki dengan menyatakan Abu Bakar Atan selepas ini akan berkhidmat bersama Astro Arena.

Menerusi ruangan balas, Hazreen menceritakan Abu Bakar Atan sudah ‘bersara’ daripada membaca berita kerana sudah menjawat jawatan yang lebih tinggi di tempat yang lain.

Lagenda TV3

Sumber: Hazreen Mubarak & TV3

SKIP THIS AD ×