Di Instagram, penyanyi rap Caprice telah menawarkan ganjaran RM5 ribu kepada sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan seorang lelaki yang menjadi ‘scammer’ menjual baju raya miliknya.
Lebih teruk, kegiatan lelaki tersebut bukan hanya melibatkan penjualan baju raya sahaja malah turut menipu menjual ‘hoodie’ sebelum ini.
Ganjaran wang tunai
Ganjaran wang tunai RM5 ribu kalau siapa-siapa dapat tangkap scammer ni yang sudah scam ramai orang jual hoodie caprice dan sekarang baju raya caprice juga dia tipu orang. Minta semua pihak yang kene scam terus buat report polis and forward to me please. InsyaAllah kita dapat tangkap dia dalam masa terdekat.
Menurut Caprice, lelaki berkenaan menggunakan akaun Instagram @rindu_by_caprice untuk menipu kesemua mangsanya. Oleh itu, Caprice memohon kepada semua mangsa untuk membuat laporan polis agar ‘scammer’ tersebut berjaya ditangkap.
Ada 24 jam untuk telefon saya
Muhammad Fa***, kamu ada 24 jam untuk telefon saya atau tidak esok kita tak puasa ganti selepas raya.
Caprice turut memuat naik gambar lelaki yang disyaki sebagai ‘scammer’ pada status di Instagramnya. Selain gambar suspek, penyanyi itu turut memuat naik transaksi penipuan yang telah dilakukan.
Scam duit customer caprice untuk beli Bigo Diamond dari seorang Bigo Leader nama Emy. Dari 2019 orang tu scam orang. Tipu jual kucing. Tipu jual product. Tipu kereta. Tapi hari ni, u silap orang bro. Siapa lagi yang pernah kene scam dengan brader ni, sila whatsapp Caprice sekali dengan report police, InsyaAllah minggu ni juga settle.
Di samping itu, Caprice turut memberitahu suspek telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak tahun 2019 lagi. Suspek telah menipu ramai orang dengan menjual kucing, produk termasuk kereta.
Sumber: Caprice