berita

Hari Pertama Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Teruk Kena ‘Lanyak’.. Memalukan!

December 16th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Pada 15 Disember 2019, Taman Tasik Titiwangsa secara rasminya dibuka kembali selepas dibaik pulih dan dinaiktaraf selama hampir setahun. Namun begitu, seperti yang dijangka, Taman Tasik Titiwangsa ini dilaporkan telah dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi status Facebook milik Penolong Pengarah Kanan (Arkitek), Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Bangunan, DBKL,merangkap  Proect Manager, Noor Fazlina Rosley, dia kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab rakyat Malaysia yang dilihat merosakkan kawasan itu walaupun baru sahaja 5 jam tasik tersebut dibuka.

Kalau kat luar negara pandai pula jaga

Menurut Noor Fazlina Rosley, dia mendakwa bahawa baru sahaja 5 jam tasik tersebut dibuka, pelbagai kerosakan dan kesalahan yang dapat dilihat terdapat di kawasan riadah itu.

Antara kerosakan serta kesalahan yang didakwa dilakukan pengunjung adalah vandalisme di papan tanda, buang sampah merata-rata, penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen, dan banyak lagi.

Sikap begini sangat memalukan memandangkan ini merupakan taman reaksi untuk kemudahan orang ramai. Hanya kerana segelintir manusia tidak bertanggungjawab, ianya memberi kesan kepada ramai pengunjung.

Memalukan

Malu sungguh tengok mentaliti rakyat Malaysia macam ini. Bayangkan tempoh masa nak dibaik pulih serta dinaik taraf makan masa hampir setahun. Namun, kerana sikap golongan yang tidak bertanggungjawab ini, bagaimanakah keindahan taman ini hendak terjaga?

Orang ramai yang ingin berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa ini dinasihatkan supaya menjaga keindahan serta kemudahan yang disediakan supaya ianya boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.

Netizen berang

Sumber : Noor Fazlina Rosley

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×