Hari Sukan Negara yang akan berlangsung selama sebulan pada Oktober tahun ini akan ditukar nama baharu kepada Malaysia Sports Challenge (MySC). Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata ini hanyalah penjenamaan semula dan tiada kaitan dengan tujuan lain.
Namun, rata-rata tidak bersetuju dengan penukaran nama kepada bahasa inggeris tersebut. Menurut mereka nama asal lebih baik untuk menggambarkan kempen yang dijalankan.
Hari Sukan Negara 2019 ditukar nama
Pertukaran nama ini diumumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan ketika sesi taklimat kepada penaja berpotensi MySC semalam. Di media sosial, pelbagai respon yang diterima daripada orang ramai. Mereka menzahirkan rasa tidak setuju dan membantah penjenamaan tersebut.
Nama dah sedap
Tukar nama mengarut
Memetik laporan Utusan, Steven Lim menjelaskan penganjur Malaysia Sports Challenge (MySC) untuk tahun ini masih Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hanya nama sahaja ditukar. Pada tahun ini, sambutan MySC akan disambut sepanjang Oktober iaitu tempoh sebulan. Tambahnya, pada tahun ini lebih banyak aktiviti menarik akan dibuat.
Sumber : Utusan