Pelakon Harissa Adlynn mendedahkan dirinya masih bujang dan belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga buat masa ini kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harissa Adlynn Nafi ‘Perasan’ Di Set Penggambaran, Mahu Pemfitnah Tampil Bersemuka – ‘Jumpa Saya & Minta Maaf’

Artikel Berkaitan: Harissa Adlynn Suka Sambal Taun, Teruja Sambut Aidilfitri Di Pahang – ‘Boleh Berkumpul & Bergelak Ketawa Bersama Saudara-Mara’

Harissa masih ‘single’

Ketika ditemui OhBulan!, Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim, 22, sebaliknya menjelaskan dia kini lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya lakonan berbanding soal cinta atau perkahwinan.

Saya masih single dan saya memang nak fokus pada kerja. Sebenarnya saya sekarang tengah buat satu projek dan persiapan tu agak banyak sehingga saya tiada masa untuk diri sendiri.

Saya pun tak ingat bila kali terakhir saya duduk berehat di rumah. Memang masa saya untuk kerja, tiada masa dan tidak terfikir untuk menjalinkan hubungan atau mencari pasangan.

Pelakon drama Iskandar Chempaka ini turut menjelaskan bahawa dia tidak menetapkan sebarang sasaran usia untuk berkahwin, sebaliknya menyerahkan urusan jodoh kepada takdir dan ketentuan Allah SWT.

Saya tak ada letakkan target pada usia bila untuk mendirikan rumah tangga. Saya percaya pada jodoh, kalau dah tertulis jodoh saya sampai dan dah jumpa seseorang yang sesuai, saya akan berkahwin. 

Tapi sekarang saya memang tak fikir tentang orang lain, cuma diri saya dan ibu.

Harissa berkata demikian ketika ditemui di Grand Final All Star Championship yang berlangsung di Arena Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hanya berkawan dengan Imranul

Menjelaskan kehadirannya di All Star Championship baru-baru ini, Harissa berkata dia hanya hadir untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan yang turut serta dalam pertandingan tersebut.

Saya datang untuk sokong Izzlan dan Imran, saya kenal mereka semasa di All Star Influencer tahun lepas. Jadi, saya dan mama memang rapat dengan diorang.

Bila diorang kata nak masuk All Star Championship, jadi kami sokong je.

Mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan personaliti media sosial, Imranul Effendy, Harissa menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan hubungan mereka sekadar kawan rapat.

Ya, hubungan kami memang hanya sebatas kawan. Saya anggap mereka berdua macam adik-beradik saya.

Mereka berdua pun rapat dengan mak saya, macam mak angkat diorang. Mereka panggil mak saya pun ‘mama’. Saya pun berkawan dengan ramai lelaki lain dan tak semestinya setiap yang saya berkawan tu mesti kena ada hubungan.