Terdahulu, pengarah terkemuka tanah air, Erma Fatima pernah dikecam teruk oleh orang ramai dek kerana kenyataannya mengenai isu berkemban dalam drama ‘Takhta’.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Nafi Terasa Dengan Nasihat Dr Asri & Dakwa Isu ‘Neraka’ Telah Diputar Belit
Menerima teguran daripada bekas mufti Perlis, Dr. Asri dengan hati yang terbuka, Erma mendakwa bahawa kenyataan yang dilakukan menerusi laman Instagram tersebut telah diputarbelit oleh pihak tertentu.
Baru sahaja reda isu tersebut didebatkan di dada-dada akhbar, pelawak terkenal, Harith Iskander pula dilihat telah ber’jenaka’ mengenai isu pelaksanaan hukum hudud di laman Twitter.
Status laman sosial Harith Iskander mengenai isu hudud
Memiliki lebih 165 ribu orang pengikut di laman sosial tersebut, status berkaitan isu hudud yang dimuat naik oleh Harith itu dianggap agak keterlaluan oleh orang ramai.
Turut mengundang perbalahan antara pengikutnya, Harith seterusnya memuat naik satu lagi status yang dipercayai berkait rapat dengan status sebelumnya.
Respon Harith Iskander terhadap perbalahan para peminat
Bagaimanapun, ada juga pihak yang cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan bahawa Harith sekadar berjenaka dan tidak berniat mahu mempersoalkan isu sensitif tersebut.
Namun, apa agaknya yang cuba disampaikan oleh pelawak ini ya? Realitinya, hanya tuan punya badan yang layak menjawab persoalan ini.