berita

Harris Baba Terbangkan Armada Band Ke Sabah, Tiket Konsert Semurah RM129!

August 7th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Harris Armada

Penyanyi Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan Indonesia Armada Band ke Sabah bagi mengadakan konsert di sana.

Berlangsung pada 4 November ini (Sabtu), konsert Armada Janji Bahagia yang akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC itu dijadualkan bermula jam 8 malam.

 Ramai lagi artis luar bakal dibawa

Armada

Konsert ini merupakan projek pertama Harris bersama isteri, Nik Naziha Zawawi di bawah syarikat milik mereka, Jeeharris Corporation. Fokus Jeeharris Corporation ialah menjurus kepada pengurusan acara dan konsert. Syarikat ini telah banyak menjayakan pelbagai acara karnival di Sabah dan konsert ini merupakan konsert pertama anjuran mereka.

 Menurut Harris Baba, mereka memilih Armada kerana kumpulan ini antara kumpulan Indonesia yang popular dan banyak lagu-lagu mereka dikenali di Sabah.

Armada yang diangotai oleh vokalis Rizal Adi, drummer Meri Yandi dan guitarist Andika Maihendra akan menyampaikan 18 buah lagu. Antara lagu-lagu yang bakal dinyanyikan termasuklah Bebaskan Diriku, Asal Kau Bahagia, Pergi Pagi Pulang Pagi dan banyak lagi. 

Dalam pada itu, tentang perancangan lanjut mengenai syarikatnya, Harris Baba berkata, mereka akan membawakan lebih ramai lagi artis luar negara untuk mengadakan persembahan di Sabah.

Katanya, mereka kini dalam perbincangan untuk membawakan band lain untuk mengadakan persembahan pada Januari 2024.

 Kami berharap mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat-peminat Armada Band di Sabah dan sekali gus dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan dan mengalakkan lebih banyak persembahan konsert di Sabah.

Kami juga akan menjadikan konsert ini sebagai satu tarikan untuk penduduk dari Labuan, Sarawak dan Brunei untuk datang menyaksikan bersama persembahan Armada band secara live.

Kami juga sedang meneliti beberapa nama penyanyi tempatan Sabah untuk dijemput mengadakan persembahan pembukaan bakal pada konsert ini.

 Tiket telah mula dijual di www.myticket.asia pada 24 Julai lalu pada harga bermula RM129 sehingga RM799 (seating and meet & greet).

 Untuk informasi terkini anda juga boleh ke Instagram dan Facebook @jeeharriscorporation

SKIP THIS AD ×