berita

Hasilkan Video TikTok Paling Kreatif Guna Lagu Xiaomi & Menang Hadiah Menarik! #ABPBHKITA2020

October 22nd, 2020 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kini kembali bagi edisi ke-33. Seiring dengan budaya norma baharu, anugerah berprestij ini mengangkat tema #ABPBHKITA2020. Di samping itu, buat julung kalinya acara kemuncak ABPBH 33 ini akan disiarkan secara langsung melalui aplikasi video TikTok juga iaitu pada 13 November ini.

Anugerah buat ‘Fan Club’

Selain mempertandingkan 13 kategori utama dan lima kategori online seperti setiap tahun, pihak penganjur telah memperkenalkan anugerah baru untuk ABPBH kali ini. Anugerah tersebut merupakan anugerah #FANtastik Popular. Anugerah ini merupakan penghargaan buat kelab peminat.

Pihak penganjur mengadakan pertandingan TikTok di mana peminat perlu membuat video di aplikasi TikTok untuk artis dan selebriti kegemaran mereka dan letakkan #ABPBHKITA2020. Peminat dan Kelab Peminat yang berjaya menghasilkan kandungan video TikTok yang paling kreatif dan mendapat undian paling banyak akan dinobatkan Anugerah FC FANstatik Popular. Oleh itu, korang tunggu apa lagi, korang juga boleh mengundi Anugerah FC #FANtastik Popular di laman aplikasi TikTok sekarang!

Kongsi video TikTok paling kreatif

https://www.youtube.com/watch?v=ij2F4_dBRKc

Di samping itu, demi memeriahkan lagi ABPBH 33, korang semua boleh berkongsi video TikTok paling kreatif bersama lagu Xiaomi dan gaya tarian yang ditetapkan. Jangan lupa, gunakan tanda pagar #ABPBHKITA2020.

Video paling kreatif dengan tontonan paling tinggi berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dari Xiaomi! Tarikh penyertaan untuk penyertaan ini dibuka pada 21 Oktober hingga 8 November ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai ABPBH 33 dan proses pengundian boleh didapati di laman web rasmi ABPBH 33 selain perkongsian Facebook (FB) dan Instagram (IG) Berita Harian.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×