berita

Hasrat 4 Sekawan Nak Tengok JDT Tak Kesampaian, 3 Maut Kemalangan

November 30th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Empat sahabat yang menyimpan hasrat untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka, JDT yang beraksi menentang Borussia Dortmund bertukar menjadi tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Kluang-Teck Wah Heng.

Artikel Berkaitan: Hingga Hujung Nyawa, Urus Jenazah Sampai Ke Lahad, Coretan Sahabat Sejati Ini Undang Sebak

Hasrat tak kesampaian

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Utusan Malaysia, kereta yang dinaiki empat sahabat itu hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van pada pukul 4:29 petang kelmarin.

Ayah kepada salah seorang mangsa yang maut menyatakan anaknya tidak pernah ketinggalan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk pasukan kesayangannya, JDT.

Walaupun dia (mangsa yang maut) baru tingkatan lima, tapi dia ada duit untuk menyaksikan pasukan JDT. Ini sebab dia tidak suka duduk diam, dia suka cari duit dengan buat kerja sambilan.

Walau bagaimanapun, seminggu terkakhir sebelum arwah pergi, dia lebih gemar duduk di rumah.

Tiga daripada empat sahabat yang meninggal dunia ialah Mohammad Khairil Rosli, 17, Muhammad Haziq Haiqal Mohd. Faizal, 20, dan Ariffudin Khairum Ab. Ghafar, 21.

Sementara itu, Muhammad Haziq Kamarul Azhar, 17, adalah mangsa yang terselamat namun mengalami kecederaan dalaman dan masih dalam keadaan trauma.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.

SKIP THIS AD ×